Tuesday, February 21, 2012

indahnya CINTA.

Assalamualaikum dan selamat malam pembaca :)
mcm mn keadaan korg hrni? okay? tk okay? hrni i demam balik gara2 gigi bongsu tumbuh. gila sakittt! berdenyut + rs cm gatal2 jer gusi ni. geram jerr. i tnya ibu bila nk hilang skt, ibu ckap lambat lg sb gigi blm kluar. ohmy! isk isk isk! dlm keadaan cani tetiba i teringat psl cinta. seorg insan yg dahagakan kasih syg. jiwang karat plak i ni. hikhik! marilah membaca.




Ada berbillion-billion manusia di bumi ini. Ada beribu-ribu manusia yang jatuh cinta dan berkahwin setiap hari, sama ada kita jatuh cinta dan berkahwin kerana diaturkan keluarga, atau kerana pilihan sendiri. Tapi tak kira sama ada ia pilihan keluarga atau pilihan sendiri, kita patut tahu seperti apakah cinta dan perkahwinan itu.

Anda kenal Plato? Ya, Plato ialah seorang ahli falsafah Yunani Klasik yang hidup (428-327 SM)sewaktu zaman Socrates. Beliau menjadi anak murid kepada Socrates dan pernah bertanyakan kepada Socrates dua soalan yang sukar, tentang apakah cinta dan perkahwinan. Jika soalan ini ditanya kepada orang lain, mungkin berjela-jela jawapan yang diberi. Tapi Socrates telah memberikan jawapan yang mudah kepada Plato, dalam lagenda yang telah diabadikan dalam cerita di bawah.

Suatu hari, Plato bertanya kepada gurunya, “Apa itu cinta? Bagaimana saya boleh menemuinya?”

Gurunya menjawab, “Ada ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan tanpa boleh mundur kembali, ambillah satu saja ranting. Jika kamu menemui ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, ertinya, kamu telah menemukan cinta.”

Plato pun berjalan, dan tidak berapa lama kemudian, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apa pun.

Gurunya bertanya, “Mengapa kamu tidak membawa satu pun ranting?”

Plato menjawab, “Aku hanya boleh membawa satu saja, dan masa berjalan tidak boleh undur kembali. Sebenarnya, aku telah menemui ranting yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada ranting yang lebih menakjubkan lagi di depan sana. Jadi, aku tidak ambil ranting tersebut.

Ketika aku melanjutkan berjalan lebih jauh lagi, baru ku sedari, bahawasanya ranting-ranting yang ku temukan kemudian, tak sebaik dan secantik ranting yang tadi, jadi di penghujung perjalanan, tak ku ambil sebatang ranting pun pada akhirnya.”

Guru Plato kemudian menjawab, “Jadi, itulah yang dikatakan cinta.”

Pada hari yang lain, Plato bertanya lagi kepada gurunya, “Apa itu perkahwinan? Bagaimana saya boleh menemukannya?”

Gurunya pun menjawab, “Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah, dan tanpa boleh undur kembali, tebanglah satu pohon yang paling tinggi kamu temui.”

Plato pun berjalan, dan tidak berapa lama kemudian, dia pun kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar atau subur, dan tidak juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa, sederhana saja, tidak terlalu lurus batangnya.

Gurunya bertanya, “Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?”

Plato pun menjawab, “Sebab berdasarkan pengalamanku sebelum ini, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku telah kembali dengan tangan kosong. Jadi di kesempatan ini, aku lihat pohon ini, dan ku rasa tidaklah buruk sangat. Jadi ku putuskan untuk menebangnya dan membawanya ke sini. Aku tidak mahu menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya.”

Gurunya pun kemudian menjawab, “Dan itulah yang dikatakan perkahwinan.”

Dalam cerita di atas, kita belajar, bahawa kadangkala kita terlalu mencari seseorang yang ‘perfect’, untuk dicintai. Kita mencari yang lebih baik, daripada yang baik. Walaupun kadang-kadang kita telah menemui yang baik, kita tinggalkannya, dan berjalan lagi untuk mencari yang lebih baik. Semua ini kerana kita selalu tidak puas dengan apa yang ada. Kita selalu beranggapan bahawa ada yang lebih baik untuk kita di luar sana.

Akhirnya apabila sudah tiba di penghujung jalan, baru kita sedar, bahawa orang sempurna yang kita kejar-kejar selama ini, sudah tiada lagi di hadapan. Orang sempurna tersebut sebenarnya adalah orang yang sudah kita tinggalkan di belakang. Namun untuk berpatah balik dan mendapatkan semula orang sempurna itu, mungkin sudah tidak boleh lagi, kerana kita telah lama melepaskannya pergi. Itulah ‘ranting menakjubkan’ yang tidak kita petik sewaktu kita telah menemuinya.

Apabila seseorang sudah belajar dari pengalaman ini, maka apabila dia mahu memilih jodoh untuk perkahwinannya, dia tidak akan bersikap terlalu memilih lagi seperti ketika dia mencari cinta. Dia pasti tidak mahu bersendirian di penghujung usianya. Oleh itu, setelah menemui calon yang agak sesuai dengan dirinya, dia pasti tidak akan memandang lagi ke arah lain.

Dan ya, itulah cinta dan perkahwinan. Anda tidak percaya? Cuba lihat keadaan sekeliling dan tanyalah orang-orang yang anda kenali… anda mungkin akan teringat kepada lagenda Plato ini…

0 komen2 dari kengkawan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved FarsyaShamsudin