Tuesday, February 21, 2012

indahnya CINTA.

Assalamualaikum dan selamat malam pembaca :)
mcm mn keadaan korg hrni? okay? tk okay? hrni i demam balik gara2 gigi bongsu tumbuh. gila sakittt! berdenyut + rs cm gatal2 jer gusi ni. geram jerr. i tnya ibu bila nk hilang skt, ibu ckap lambat lg sb gigi blm kluar. ohmy! isk isk isk! dlm keadaan cani tetiba i teringat psl cinta. seorg insan yg dahagakan kasih syg. jiwang karat plak i ni. hikhik! marilah membaca.




Ada berbillion-billion manusia di bumi ini. Ada beribu-ribu manusia yang jatuh cinta dan berkahwin setiap hari, sama ada kita jatuh cinta dan berkahwin kerana diaturkan keluarga, atau kerana pilihan sendiri. Tapi tak kira sama ada ia pilihan keluarga atau pilihan sendiri, kita patut tahu seperti apakah cinta dan perkahwinan itu.

Anda kenal Plato? Ya, Plato ialah seorang ahli falsafah Yunani Klasik yang hidup (428-327 SM)sewaktu zaman Socrates. Beliau menjadi anak murid kepada Socrates dan pernah bertanyakan kepada Socrates dua soalan yang sukar, tentang apakah cinta dan perkahwinan. Jika soalan ini ditanya kepada orang lain, mungkin berjela-jela jawapan yang diberi. Tapi Socrates telah memberikan jawapan yang mudah kepada Plato, dalam lagenda yang telah diabadikan dalam cerita di bawah.

Suatu hari, Plato bertanya kepada gurunya, “Apa itu cinta? Bagaimana saya boleh menemuinya?”

Gurunya menjawab, “Ada ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan tanpa boleh mundur kembali, ambillah satu saja ranting. Jika kamu menemui ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, ertinya, kamu telah menemukan cinta.”

Plato pun berjalan, dan tidak berapa lama kemudian, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apa pun.

Gurunya bertanya, “Mengapa kamu tidak membawa satu pun ranting?”

Plato menjawab, “Aku hanya boleh membawa satu saja, dan masa berjalan tidak boleh undur kembali. Sebenarnya, aku telah menemui ranting yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada ranting yang lebih menakjubkan lagi di depan sana. Jadi, aku tidak ambil ranting tersebut.

Ketika aku melanjutkan berjalan lebih jauh lagi, baru ku sedari, bahawasanya ranting-ranting yang ku temukan kemudian, tak sebaik dan secantik ranting yang tadi, jadi di penghujung perjalanan, tak ku ambil sebatang ranting pun pada akhirnya.”

Guru Plato kemudian menjawab, “Jadi, itulah yang dikatakan cinta.”

Pada hari yang lain, Plato bertanya lagi kepada gurunya, “Apa itu perkahwinan? Bagaimana saya boleh menemukannya?”

Gurunya pun menjawab, “Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah, dan tanpa boleh undur kembali, tebanglah satu pohon yang paling tinggi kamu temui.”

Plato pun berjalan, dan tidak berapa lama kemudian, dia pun kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar atau subur, dan tidak juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa, sederhana saja, tidak terlalu lurus batangnya.

Gurunya bertanya, “Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?”

Plato pun menjawab, “Sebab berdasarkan pengalamanku sebelum ini, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku telah kembali dengan tangan kosong. Jadi di kesempatan ini, aku lihat pohon ini, dan ku rasa tidaklah buruk sangat. Jadi ku putuskan untuk menebangnya dan membawanya ke sini. Aku tidak mahu menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya.”

Gurunya pun kemudian menjawab, “Dan itulah yang dikatakan perkahwinan.”

Dalam cerita di atas, kita belajar, bahawa kadangkala kita terlalu mencari seseorang yang ‘perfect’, untuk dicintai. Kita mencari yang lebih baik, daripada yang baik. Walaupun kadang-kadang kita telah menemui yang baik, kita tinggalkannya, dan berjalan lagi untuk mencari yang lebih baik. Semua ini kerana kita selalu tidak puas dengan apa yang ada. Kita selalu beranggapan bahawa ada yang lebih baik untuk kita di luar sana.

Akhirnya apabila sudah tiba di penghujung jalan, baru kita sedar, bahawa orang sempurna yang kita kejar-kejar selama ini, sudah tiada lagi di hadapan. Orang sempurna tersebut sebenarnya adalah orang yang sudah kita tinggalkan di belakang. Namun untuk berpatah balik dan mendapatkan semula orang sempurna itu, mungkin sudah tidak boleh lagi, kerana kita telah lama melepaskannya pergi. Itulah ‘ranting menakjubkan’ yang tidak kita petik sewaktu kita telah menemuinya.

Apabila seseorang sudah belajar dari pengalaman ini, maka apabila dia mahu memilih jodoh untuk perkahwinannya, dia tidak akan bersikap terlalu memilih lagi seperti ketika dia mencari cinta. Dia pasti tidak mahu bersendirian di penghujung usianya. Oleh itu, setelah menemui calon yang agak sesuai dengan dirinya, dia pasti tidak akan memandang lagi ke arah lain.

Dan ya, itulah cinta dan perkahwinan. Anda tidak percaya? Cuba lihat keadaan sekeliling dan tanyalah orang-orang yang anda kenali… anda mungkin akan teringat kepada lagenda Plato ini…

Monday, February 20, 2012

redha dgn ketentuanNya.

Assalamualaikum readers ;)
apa khabar? sihat? entry i kali ni lbh kepada nasihat. if blh pkai, just amik iktibar, bg yg tk blh pkai just lupakan. i nk nasihatkan buat pasangan yg slalu bergado, tknk bertolak ansur, dan lain2 agar anda bertolak ansur sesama sndiri. tk salah mengalah utk org yg kita syg. seandainya kita tdk mengalah, sapa lg nk mengalah? lelaki ego mmg tinggi. kita sbg kaum hawa, hnya mampu mengalah dan memujuk kaum adam. bukankah wanita utk lelaki, lelaki utk wanita? saling memerlukan. tk lengkap klau tkde salah seorg.


adakah masing2 tahu jodoh kita dgn sapa? tkde org yg tahu. yg tahu hnyalah Pencipta kita iaitu Allah s.w.t. siapa pun jodoh kita, kita hnya mampu redha dgn ketentuanNya. jgnlah kita berdalih seandainya org yg kita cintai itu bukan milik kita pd suatu hari kelak. tdk perlu menangisi pemergian org yg kita sayangi dan cintai. Allah itu maha adil. setiap yg berlaku, pasti ada hikmah disebaliknyaaa.


tk semestinya kita kehilangan org yg baik, kita tk akan dpt org baik lg. malah kita dianugerahkan org yg lbh baik dr yg kita knl. Allah syg semua umatNya. kita hnya mampu berusaha, Allah yg menentukan segalanya.


apakah tugas kaum hawa? memujuk kaum adam. bukannya kita lg jg batu api kaum adam agar kaum adam bergado. apakah tugas kaum adam? membelai kaum hawa dan melindungi insan yg lemah dimuka bumi ini. bukannya mendera dan sebaliknya.


tahukah kaum adam bahawa hati wanita selembut sutera yg ditiup angin. malah lg lembut drpd itu. sekali hati wanita dilukai, lukanya memberi kesan smp bila2. bkn senang nk mengubati hati yg lembut ni agar pulih dgn baiknya. tdk semudah ABC lelaki2 diluar sana. belajarlah utk membelai, melindungi dan menjaga hati kaum wanita. begitu juga dgn kaum wanita, tk semesti lelaki shj kne jaga hati kita, saling menjaga itu lbh elok.


sesuatu perhubungan itu akan kekal lama sekiranya kejujuran, kepercayaan dan saling menjaga antara satu sama lain. bukan mudah utk melupai apa yg dh terpahat dihati dan dgn mudah utk memahat sesuatu di hati. jatuh cinta mengambil masa 1jam shj. tp, utk melupakan mengambil masa seumur hidup. jadi, siapa pun pasangan kita, redha lah ;)


kita hnyalah makhluk kecil yg bernyawa di atas muka bumi terbentang luas sementara ini.
redha itu ikhlas. pasrah tu menyerah.

Sunday, February 19, 2012

EGO menguasai diri.

Assalamualaikum peeps ;)
sihat ke tk sht ni? i mcm biasa la. tk sht. demam, selsema, batuk tk baik2 lg nihh. cano nk buek ntahh. tk dapek den nk nolong nye haaa. btw uols, i dh mengarang blog ni td. tp, dlm suasana mengarang entry ni, i sibuk duk tukar2 browse. kjp tgk FB, kjp tgk burung biru, skali TERtutup browse yg i tgh mengarang. pnya la stress kan. rs nk menjerit pn ada. dhla pjg i menaip. nw, rs dh hilang idea sikit. iskkk ;/


okay guys. entry i kali ni nk ckp psl EGO. selagi kita bergelar manusia sikap ego tu tkkn lari dr diri seseorg. semua manusia ada sikap ego tuhh. cuma reti kawal atau tk jer. mcm i pn ada sikap ego. dlu i ego teramat sangat. smp la i bersama dgn zhu selama 2thn 5bulan. dia ajar i utk kurangkan sikap ego, baran, dan setia. i admit yg i mmg panas baran. ikt prangai my ibu. ibu i panas baran skit. tp, i byk. huhu! bila i dh putus dgn zhu, prangai lama i dtg blk. ego, baran, dan player. smp la i knl dgn seorg lelaki dikenali sbg Ash. dgn dia pn i still ego, baran, dan player. player bkn i couple dgn semua org. bknla i rmai scandal. cuma i suka berkawan dgn lelaki. i mmg rmai kwn lelaki. tk dinafikan. time i dgn Ash ego i mmg tgi sgt sgt. smp la Ash mula menjauhkan diri dr i dan ada perempuan lain. time tu br i sedar yg i kne ubah sikap i. tp, semuanya dh terlambat. smp la kitorg break. i keep trying until now. tkde org th yg i cuba utk berubah. org sekeliling i hnya nmpk i ni ego, ikut kepala sndiri. i tk ksah pn apa org nk ckap. pekak kan telinga jerrr. mmg itu cara i.


wahai manusia2 diluar sana. mmg tk salah ada sikap ego, mmg sikap ego tu ada dlm diri masing2. tp, cuba kawal perangai tuhhh. klau anda tk cuba ubah prangai anda, percaya ckap sy, anda akan kehilangan org yg anda syg. berkorban utk org yg kita cintai tk salahkan? menyesal kemudian tk berguna. menyesal sekarang mngkin blm terlambat. kerana sikap ego kita kehilangan org yg kita syg, kerana sikap ego kita dibenci org sekeliling, kerana sikap ego jgk mkn diri kita sndiri.


jgnla terlalu ego wahai manusia2 sekalian. klau anda ada buat salah, ringan2 kan lah mulut utk meminta maaf. atau sekiranya anda tkde buat salah pn, tk salah kan ringankan mulut utk minta maaf? jgnla nk ikt kepala sndiri jer. jgn terlalu keras kepala. kelak memakan diri. jgnla terlalu nk iktkan perasaan. tk kira wanita ataupun lelaki. dedua sama jerr. kau kata aku, aku kata kau. last2 bergado. masing2 tuding jari. salah seorg msti mengalah klau nk sesuatu hubungan tu kekal lama. kadang2 ego blh merosakkn hubungan jgk. sb terlampau ego, sanggup kehilangan org yg kita syg. pdhl dlm hati tknk, tp, oleh kerana ego, nk jaga martabat, mulut kata 'YA'.


pengajarannya adalah saling bertolak ansur dan kurangkan sikap ego. itu lbh baik. cya uolss :*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved FarsyaShamsudin