Monday, August 5, 2013

Persiapan Hari Raya ;)

Assalamualaikum followers ;) bagaimana situasi anda harini? adakah dlm keadaan sihat2 saje? CFS harap uols semua sihat2 kehendaknya.. i pn mcm biasa lahh.. sihat mcm ni jer.. straight to main entry, tajuk kita hrni seperti biasa lah.. hari yg dinantikan oleh semua umat islam bakal tiba.. rmai dh pn para bloggers mengarang cerita seperti entry i kali ni.. i je terlambat sedikit.. HIHI

So far, mcm mn persiapan kalian? baik2 sajaa? this year i agak tkde mood nak beraya.. baju raya pn tk tempah lagi.. sedih sungguh lah kann cite dia.. ikutkan baju raya tahun ni wrna oren.. vietnam silk ibu belikan di vietnam.. tapi, tk hntr2 tempah.. nsbla masih byk lagi bj kurung yg blm dipakai.. blh buat baju raya juga tu.. after raya br hntr tempah kain pegi jahit.. HIHI ibu kata nk beli baju raya i dkt bandung pulak this august.. even dh hbs raya, ibu mmg suka beli baju or kain dr negara yg pernah ibu pegi.. dlm almari dh sekian byk baju kurung tk terpakai.. ibu kata 'senang baby nk pegi keje nt.. baju kurung dh melambak'.. ada betulnya apa yg dibertahu ibu tu.. i pn jarang berbaju kurung ke kolej.. berbaju kurung bila attend wedding jer.. ehhh! melalut dahh.. kasut raya i tahun ni beli dkt crocs jer.. sebab i minat crocs, so BIL belikan kasut crocs leopard utk i.. belum tiba harinya, i dh pkai berkali2.. HAHA tkpe lah, sama je kan.. nanti i nak pegi crocs lagi utk beli kasut yg i nak :D

Aksesori lain mcm beg tangan pn tkde this year.. awhhh! raya tahun ni i sangat bersederhana.. apa pun tk beli.. melainkan kasut.. tu jehh! raya sebelum2 ni berlebihan pulak.. tp tkpe lahhh.. berjimat cermat.. HAHA pn blh.. awak2 semua balik mana? i balik nogori kot.. nk tgk rmh yg dh siap dkt sana.. plus nk lawat cousin n aunty yg ddk n9.. mlm or ptg raya blk KL balik.. raya kedua maybe ke sebelah utara.. itu tk tau lagi.. sebab pagi raya pegi lawat kubur arwah anak buah i.. ibu kata 'dulu pagi raya tkde melawat kubur..skrg setiap tahun msti lawat sb dh ada ahli keluarga yg bersemadi di situ..' mksd ibu yg dkt dgn rumah.. arwah atok n nenek dkt perak.. kami sekeluarga sedekahkan Al-Fatihah dari jauh.. setiap tahun pn mcm tuhhh..

Tak sabarnya nk mohon maaf dkt ibu n abah :') setiap tahun pn mohon maaf, tp, lps tu buat balik perangai.. iskkk! manusia kan.. sering melakukan kesilapan..

This year my sis pn tk shopping sangat sb my sis tgh berpantang.. tp, nk dkt2 hbs ni pn my sis slamber dek je kluar.. sebab dh rs sihat.. mnm ginseng cina utk dalaman.. maybe esk nk ke pavilion utk tgk apa yg blh dibeli :)

Apa2 pun, kepada yang dh selamat sampai di kampung halaman, selamat hari raya.. kepada yang baru nk pulang ke kampung, berhati2 dijalan raya ;)

Sunday, August 4, 2013

Kelebihan malam lailatul qadar..




Assalamualaikum ;)
nak akhir2 bulan ramadhan ni, i nk share tentang kelebihan malam lailatul qadar.. i pn tkde la reti mana.. masih lagi jahil dalam bab2 gini.. tp, tk salah share.. i dpt info dr hasil cik google kita.. haaa gitu! pada era masa kini, apa pun blh kita ketahui melalui google dan juga youtube.. mmg tk dinafikan malam lailatul qadar adalah malam yg dinantikan oleh para mukmin di dunia ini.. ianya hnya 10mlm terakhir pd setiap tahun di bulan ramadhan.. rmai yg mengejarnya disebabkan kita tk tau bila masanya kita akan menemuiNya..



10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".


Sebab turun surah al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."



Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.


Doa khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.


Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.


Selamat menunaikan ibadah di bulan yang mulia ini.. moga2 apa yg kita buat diberkati olehNya :)

GSC Gold Class at Pavilion..

Assalamualaikum ;)
hye semua.. adakah followers semua sihat? nk raya ni, jaga kesihatan okay.. jangan main mercun.. nak main pun berhati-hati.. taknak ada yang hilang jari di musim perayaan ni.. bagi yang mahu pulang ke kampung, pandulah dengan berhati-hati.. ingatlah orang tersayang yang sedang menanti kepulangan kalian..

kenapa tajuk entry i 'GSC Gold Class at Pavilion'? haaaa ada cerita disebalik tajuk ini.. pada 3/8/2013, i pegi tgk cite 'the conjuring' dkt pavilion.. pada mulanya BIL rancang nak tgk 'despicable me 2', tapi tk kesampaian sebab cerita tu dh tk ditayangkan.. alangkah sedihnya diri ini.. sebab i nak sangat tengok cerita tuhhh.. sedih sedih!! the conjuring pn blhla.. sebab cerita baru kann..  sebelum kami ke pavilion, kami pegi ke Naili's sentul.. fufohhh! knp i fufohhhh? sebab nyaaa...... BIL pnya makanan.. HAHAHA lawak en? tkla.. bunyi sizzling steam lamb dia mcm bnyi apa.. i ingat apa la belakang i, rupanya waiter bwk makanan BIL.. haigoo! i mmg tk lalu la nak makan.. sb waktu berbuka dah makan kan.. mlm mmg tk makan dh. al-maklum lahh, jaga badan :D kihkih! kang gemuk2 tkde org nak pulak.. bdan maintain pn ssh org nk melekat.. sosedih! *nangis* ok ok, sambung cerita.. blh pulak melangkau ke cerita lain.. HIHI biasa lahhh.. CFS kan :D *peace yaw* i order chocolate extreme mocha ice blends.. creamy btl -_-" akk pula order milo suam + mushroom soap with garlic butter.. org berpantangkan.. semua pn kne panas lahh.. lepak pnya lepak, sekali br pkul 11lbh da.. kitorg dh buntu tk tau nk pegi mana.. ce teka mane hala tuju kami? kami terus ke pavilion.. HIHI tunggu diruang yg telah disediakan di gsc gold class..

Dalam masa menunggu tuh, BIL berkata "eh mcm ac mizal..dh mmg ac mizal pn..HAHA".. i pn tgk dan seperti biasa, lps tgk main hp la blk.. anti sosial la katakan.. ac mizal sgt peramah.. dia tgk BIL dan senyum.. wifey nya a bit sombong.. tk pndang ke arah kami langsung.. alangkah kedekut senyumannya -_-"

Selepas order makanan ringan di kaunter FNB, kami terus masuk hall.. ddk dan adjust kerusi ikut keselesaan masing2.. tepat pkul 1a.m, bermula lahh cerita seram.. woooooo! memula muzik dh agak mengerikan :3
bagi i, cerita 'the conjuring' ni tklah takut.. cuma banyak adegan terkejut2 jer.. 'hide and seek'.. i bagi 3bintang dr 5.. superb lah *thumbs up* knp i bagi 3? makeup hantu dia sangat real.. i tgk 'Ya Allah', nk pengsan.. sb menakutkan jugak.. dan jalan cerita dia, byk yg i n BIL jangka akan terjadi, tk terjadi.. kiranya jalan cerita dia superb lahh.. tk mcm cerita2 lain, apa yg dijangka kan, sememangnya terjadi.. cerita 'the conjuring' ni dr producer 'the saw'.. so no wonder la jalan cerita best..

Bagi yg belum tengok, pegilah panggung wayang berdekatan dgn anda.. pasti tk menyesal.. rmai kwn2 i ckap 'hbslah you tk tido mlm'.. tapi okay jer.. HIKHIK! lain org lain pendapat.. kannn?

GIGAM.. dalam toilet pn jadikk.. sementara tunggu movie start :D

 ANTI SOSIAL nihhh.. masing2 pn dengan gadget.. cool yeah *thumbs up*
muka baru masuk hall.. tk sbr tgu movie start..  
tgk kakak i, semangat en? senyum jehh :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved FarsyaShamsudin