Wednesday, August 7, 2013

Salam Aidilfitri :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)
sedar tak sedar dh sebulan kita berpuasa.. mcm tk percaya jugaklah dh sebulan kita merasai nikmat dibulan Ramadhan.. puasa cukup tk? tk cukup tk blh dpt duit raya.. haaa gitu :D raya nanti jemputlah ke rumah yerr.. tk salah mengeratkan silaturrahim kann..

Sayu kedengaran bila berkumandang lagu raya.. fuhh! sebak jugaklah hati ni.. sebak sebab.......... sebab tahun ni beraya seorang.. mksd i hanya beraya dgn ahli keluarga sahaja.. orang tersayang dh tkde.. dh pergi meninggalkan kita.. bkn pergi kedunia lain yer.. HIHI 1st time lah beraya tnpa special.. fuhh! sangat dugaan.. bila hari raya tiba, suddenly i akan teringat dkt my ex yg bernama Mohd Azuan a.k.a Amoy a.k.a Bocik a.k.a Zhu..  dulu masa dgn dia, raya i tk pnh sunyi lah.. sebab kitorg rmh dkt.. plus rajin cntct kan.. blk je dr kg, i akan pergi rmh dia utk beraya dgn fmly dia pulak.. and rndu dkt parents dia jgk.. lama dh tk pergi jenguk.. apa khabar lah agaknya pakcik dan makcik kann.. harap sihat selalu.. rndu nk balik beraya dkt melaka jgk.. yelah, biasanya CNY i akan ikt fmly zhu blk raya.. dpt angpaw and tgk suasana cina beraya.. HAHA rndu dkt Rain Malaysia tuhhh.. tk dpt cntct gara2 aweknya marah -_- *smile*

Tahun ni lps sembahyang raya whole family balik nogori.. balik untuk apa? telah pn diberitahu di entry sebelum ini.. HEHE silalah baca yer if nk tau :p if tknk baca pn tkpe.. tk penting pn.. blh jmpe cousin2 di n9.. *winkwink* raya tahun ni tk balik penang and perak.. sedih! i suka if balik utara.. sebab banyak tempat yg blh kami berjalan.. plus rmai cousin dkt sana jgk.. semua sblh utara cousin terapat pulak tuhhh.. haigooo!! rindu nak balik penang sebab nk jmpe cousin dkt situ jgk.. suasana dkt situ meriah bila raya kedua.. sebab cucu cicit Non balik and buat perjumpaan.. siap ada cabutan bertuah tuhh.. ada hadiah besar2 lagi tau..

Rasa sedih pn ada nk meninggalkan bulan ramadhan.. pada setiap tahun, bulan Ramadhan pasti akan meninggalkan kenangan manis dan juga pahit pada dri i :') diharapkan bulan Ramadhan pada tahun akan datang akan meninggalkan kenangan manis sahaja.. insha Allah.. orang bersabar pasti manis buahnya :")

Ya Allah Ya Tuhan ku, tabahkan lah hati hambamu ini.. moga dipertemukan dgn org2 yg baik.. ameen!

Ucapan ikhlas dr Farhatul Aisyatee Shamsudin SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.. AMPUN DAN MAAF DIPINTA SEKIRANYA ADA TERBUAT ULU HATI ANDA TERASA GELI, SEKIAN ;)

Monday, August 5, 2013

Persiapan Hari Raya ;)

Assalamualaikum followers ;) bagaimana situasi anda harini? adakah dlm keadaan sihat2 saje? CFS harap uols semua sihat2 kehendaknya.. i pn mcm biasa lahh.. sihat mcm ni jer.. straight to main entry, tajuk kita hrni seperti biasa lah.. hari yg dinantikan oleh semua umat islam bakal tiba.. rmai dh pn para bloggers mengarang cerita seperti entry i kali ni.. i je terlambat sedikit.. HIHI

So far, mcm mn persiapan kalian? baik2 sajaa? this year i agak tkde mood nak beraya.. baju raya pn tk tempah lagi.. sedih sungguh lah kann cite dia.. ikutkan baju raya tahun ni wrna oren.. vietnam silk ibu belikan di vietnam.. tapi, tk hntr2 tempah.. nsbla masih byk lagi bj kurung yg blm dipakai.. blh buat baju raya juga tu.. after raya br hntr tempah kain pegi jahit.. HIHI ibu kata nk beli baju raya i dkt bandung pulak this august.. even dh hbs raya, ibu mmg suka beli baju or kain dr negara yg pernah ibu pegi.. dlm almari dh sekian byk baju kurung tk terpakai.. ibu kata 'senang baby nk pegi keje nt.. baju kurung dh melambak'.. ada betulnya apa yg dibertahu ibu tu.. i pn jarang berbaju kurung ke kolej.. berbaju kurung bila attend wedding jer.. ehhh! melalut dahh.. kasut raya i tahun ni beli dkt crocs jer.. sebab i minat crocs, so BIL belikan kasut crocs leopard utk i.. belum tiba harinya, i dh pkai berkali2.. HAHA tkpe lah, sama je kan.. nanti i nak pegi crocs lagi utk beli kasut yg i nak :D

Aksesori lain mcm beg tangan pn tkde this year.. awhhh! raya tahun ni i sangat bersederhana.. apa pun tk beli.. melainkan kasut.. tu jehh! raya sebelum2 ni berlebihan pulak.. tp tkpe lahhh.. berjimat cermat.. HAHA pn blh.. awak2 semua balik mana? i balik nogori kot.. nk tgk rmh yg dh siap dkt sana.. plus nk lawat cousin n aunty yg ddk n9.. mlm or ptg raya blk KL balik.. raya kedua maybe ke sebelah utara.. itu tk tau lagi.. sebab pagi raya pegi lawat kubur arwah anak buah i.. ibu kata 'dulu pagi raya tkde melawat kubur..skrg setiap tahun msti lawat sb dh ada ahli keluarga yg bersemadi di situ..' mksd ibu yg dkt dgn rumah.. arwah atok n nenek dkt perak.. kami sekeluarga sedekahkan Al-Fatihah dari jauh.. setiap tahun pn mcm tuhhh..

Tak sabarnya nk mohon maaf dkt ibu n abah :') setiap tahun pn mohon maaf, tp, lps tu buat balik perangai.. iskkk! manusia kan.. sering melakukan kesilapan..

This year my sis pn tk shopping sangat sb my sis tgh berpantang.. tp, nk dkt2 hbs ni pn my sis slamber dek je kluar.. sebab dh rs sihat.. mnm ginseng cina utk dalaman.. maybe esk nk ke pavilion utk tgk apa yg blh dibeli :)

Apa2 pun, kepada yang dh selamat sampai di kampung halaman, selamat hari raya.. kepada yang baru nk pulang ke kampung, berhati2 dijalan raya ;)

Sunday, August 4, 2013

Kelebihan malam lailatul qadar..




Assalamualaikum ;)
nak akhir2 bulan ramadhan ni, i nk share tentang kelebihan malam lailatul qadar.. i pn tkde la reti mana.. masih lagi jahil dalam bab2 gini.. tp, tk salah share.. i dpt info dr hasil cik google kita.. haaa gitu! pada era masa kini, apa pun blh kita ketahui melalui google dan juga youtube.. mmg tk dinafikan malam lailatul qadar adalah malam yg dinantikan oleh para mukmin di dunia ini.. ianya hnya 10mlm terakhir pd setiap tahun di bulan ramadhan.. rmai yg mengejarnya disebabkan kita tk tau bila masanya kita akan menemuiNya..



10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".


Sebab turun surah al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."



Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.


Doa khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.


Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.


Selamat menunaikan ibadah di bulan yang mulia ini.. moga2 apa yg kita buat diberkati olehNya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved FarsyaShamsudin