Tuesday, February 7, 2012

Lepakingggg :D

hello uols dan selamat petang ;)
lepak? semua org suka lepak. dlm dunia ni ulat buku mcm mn pn suka melepak. cuma cara masing2 je lain. ada setengah org lepak dgn membaca buku. ada plak shisha. dan ada yg sembang2 dgn teman. mcm2 cara laaa melepak ni. cuma berfaedah dgn tidak jerr. mcm i lepak smlm tk berfaedah la. hu ha hu ha smp dkt subuh. apa kes? cmni la life parents tkde kt Malaysia. HAHA! sementara je semua ni.


rutin i smlm pkul 11 kluar dr rmh setelah my nyah Padel amik i depan rumah. aumm! lps dia amik i, trus pg lepak dkt nz bwh. smpla pkul 2pagi. apakan daya, aktiviti iktkan nk pg karoake. tp, tk jd. sb dh lewat. dia pn hntr i blk then i online. online2, akk ckp dia tgh lepak dkt AFC smp pkul 6pagi. i pn dgn semangat capai tshirt,shawl pkai. trus capai knci kreta then gerak. mn tknya, sensorg kt rmh. boring!


smp2 jer, i ternampak bulan terang. i TERckap 'bulan mlm ni cntik'. lps dr tu mereka2 trus cite psl hntu. katanya tk blh tego 'bulan cntik'. sb lps dr tu nt msti jd pape. dorg cite psl hntu i trus meremang bulu roma. akk i pn sama. dhla i nk terkencing time tu. mmg ajak akk pg tbun w.maju la. itu je yg terdekat. sb tndas dkt kdai tu kotor. tknkla pg. naik kreta pn i rs something jer. mcm takut je. tp, i buang semua prasaan tu. mmg bwk kreta nk ke tbun dlm keadaan gemuruh.


lps blk dr tbun tu, smbung lepak. dorg cite psl hntu lg. mmgla i tpksa lepak lama dkt AFC Corner tu. gara2 tkt pnya psl. last2, pkul 5pg i gerak. tk thn sgt dh mata. mereka semua pkul 6pg br gerak. lps game liverpool-tottenham hbs, mereka blk. bwk kreta pn mcm org apa dh. mmg laju tk hingat la i drive. smbl drive, main msg. cane tk kiri kanan kreta tu. HAHA! i bgth org2 yg i msg tu nk drive blk. last2 mereka tk reply. sb apa? sb mereka pn dh tertido. kihkih!


ni pn i tk ckup tido lg sbnrnya. mlm ni rs nk tido awal. tp, tkley gak. sb nk hntr lappy dkt abg Kensei kitaa. kensei ni kwn abg ipar i la. dia ada crack cs5. sdh tdk tahan menunggu lama lg. tpksa pg gak mlm ni. tkde cs5, i tk blh hidup wooooo. mati kutu dibuatnya. smp dkt kepala i dh tkde kutu la. semua kutu dh mati ;p


i nk mndi dlu ye kwn2. cya next entry. thanks sb sudi membaca. peacee \/

Monday, February 6, 2012

Penantian satu penyeksaan.

Assalamualaikum dan selamat siang semuanyaaa ;)
dh bgn belum? wopp wopp! bgn bgn! dkt pkul 2p.m dh ni. tk elok bgn wktu gini. HAHA! eleehhhh! i ckp org, i pn sama jer. hrni jer terbangun awal. hrni i bgn pkul 115. aummm! awal ker? sudah tntu la tdk bg seorang wanita 22thn. hayoo! mcm mn nk dpt calon klau bgn pn lmbt? iskk! sorang lelaki pn tk melekat nt gara2 prangai i yg tk ubah2 mcm kanak2 ni. kanak2 ker? remaja laaa! :p


ok ok. trus kan mengarang dgn topik kita yerr. penantian satu penyeksaan? wahhh! tajuk kali ni mendalam btl. mmg btl pn penantian itu satu penyeksaan. tambahan apa yg dinanti tu, tk muncul2. pnh tk uols kne, uols tgu org yg tersayang, then org yg tersayang tu tk mncul2 dan tkkn muncul utk selamanya? prasaan tu lg skt berbanding apa yg kita tgu, tp, akhirnya mncul jua. tk kshla lmbt ke, cpt ke. tp, mncul jgkkn. mcm mn bg sesetgh org yg menunggu, tp, tk mncul2?


Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah ...
Belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan.. usah mendambakan teman secantik balqis, andai dirimu tidak seindah sulaiman.. mengapa diharapkan teman setampan yusof, andai dirimu tidak setulus zulaikha... tak perlu mencari seistimewa khadijah, andai dirimu tidak sesempurna Rasulullah SAW...
Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja…. Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin iaakan menderita selagi ia masih hidup... Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mulaimenyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja… Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...
Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya andainya kamu tidak ikhlas menyintainya... kelak kamu akan berlaku kejam dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita...
Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.
Wahai sahabatku yang menderita kerana cinta, usahlah ditangisi kekasihmu yang telah pergi, hayunlah langkahmu ke mana sahaja yang kamu ingini demi mengubati hatimu yang luka, moga-moga kamu akan bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu, kelak pasti terubat jua dan hidupmu kembali ceria.


semoga kata2 i ni, membuatkan uols semua mengerti bahawa penantian itu sgt menyakitkan. jgnlah buat org tertunggu2. tk elok.. cuba kne dkt batang hidung sndiri, br kita th sakit ke tk. btl? blog ni umum, tkde utk sesiapa pn. haram maklum ;)

Ciri2 seorang isteri yg perlu ada.


Assalamualaikum dan selamat pagi ;)

woahhh? skrg dh pkul 2;22a.m. tp, i still tk tido? bkn apa tk tido, gara2 tgk bola pnya psl. semangat la kan smp tahan mata smp skrg. smbl tuh rasa mcm nk update blog jerr. saje nk mentelaah internet dgn mencari ciri2 isteri yg perlu ada dlm diri masing2.



wanita2 diluar sana sudah pastinya rmai yg ingin mendirikan rumahtangga dan rmai pn yg dh berumahtangga. kalian mesti th ciri2 utk menjadi seorang isteri yg solehah amatlah sukar. tambahan pula bila sudah mempunyai cahaya mata. tanggungjawab utk bergelar seorang ibu amatlah berat utk dipikul. apa2 pun, goodluck n congrats bg yg bakal mendirikan rumahtangga dan yg bakal bergelar ibu.


sudah bersediakah si wanita utk memikul tanggungjawab sbg isteri/ibu?
adakah anda mempunyai ciri2 berikut?


TANGGUNGJAWAB SEORANG ISTERI ...
1. Bertanggungjawab dalam urusan dan bidang sebagai seorang isteri terutamanya terhadap suami.

2. Keutamaan seorang isteri ialah melayan suami dengan ikhlas atau murni kerana Allah semata-mata.

3. Mentaati suami selagi dalam perkara yang dibolehkan. Hanya boleh ingkar dalam perkara-perkara maksiat dan dosa.

4. Sentiasa merendah diri atau tawadhuk kepada suami. Melalui bersikap tawadhuk, bimbingan, teguran dan tunjuk ajar dapat berjalan lancar. Merendah diri juga agar tidak berlaku satu kapal dua nakhoda. Maka akan harmonilah kehidupan keluarga.

5. Isteri mesti sentiasa berusaha menghiburkan suami dalam layanan, sikap, percakapan dan ketaatan.

6. Sebaik-baiknya isteri menyambut kepulangan suami. Dengan cara ini akan menyejukkan hati, menyenangkan hati, menenangkan perasaan dan menambahkan kemesraan.

7. Isteri tidak menuntut sesuatu yang tidak termampu oleh suami kecuali dalam hak yang asasi. Tuntutan yang membebankan suami boleh menganggu perasaan suami, boleh mengeruhkan hubungan. Kalau keterlaluan mendesak, suami boleh terjebak kepada perbuatan dosa.

8. Isteri sentiasa memberi kerjasama kepada suami dalam apa aspek rumahtangga. Sikap suka membantah, ingkar dan kurang memberi kerjasama mudah meretakkan hubungan, boleh berlaku krisis dan membantutkan banyak perancangan keluarga.

9. Mesti berusaha agar dapat bersembahyang jemaah bersama suami.Dari situ nanti akan banyak memperoleh rahmat dan berkat dari Tuhan dan mengeratkan lagi hubungan hati.

10. Isteri mesti menjaga maruah diri sama ada sewaktu di rumah lebih-lebih lagi di luar rumah.

11.Keperluan suami dalam lingkungan rumahtangga hendaklah disediakan oleh isteri. Dalam beberapa hal dan aspek, tidak pula dituntut sebagai wajib, namun di situlah ruang dan peluang bagi seorang isteri mengumpul sebanyak banyak darjat taqwa di sisi Tuhan. Seorang hamba itu hanya dapat mendekatkan diri dengan Tuhan melalui saluran yang bukan perkara fardhu atau wajib, melainkan dalam perkara-perkara lain yang dibuat sebagai usaha mencari bekalan taqwa.

12. Sedangkan lidah lagi tergigit, maka apabila timbul sebarang masalah, cuba dibawa kepada perbincangan bersama. Elakkan dari retak dahulu baru hendak dibincangkan. Kalau retak dahulu, bincang kemudian, keadaan begini kurang berkesan untuk mengatasi masalah.

13.Berpuas hatilah di atas apa sahaja pemberian suami. Perlu berkorban perasaan sekiranya kurang berpuas hati. Jangan korbankan kepentingan kebahagiaan rumahtangga hanya semata-mata mahu memenuhi perasaan sendiri.

14. Kesalahan suami hendaklah dilupakan. Anggaplah jasa dan khidmat suami itu jauh lebih besar berbanding kesilapan yang dilakukan oleh suami. Lebih-lebih lagi lazimnya kesalahan suami itu berlaku sekali sekala. Kadang-kadang bukan disengajakan atau hanya salah faham, atau kerana menghadapi tekanan. Bila gagal melupakan kesalahan suami akan subur dendam kesumat yang boleh mencetuskan huru hara dalam rumahtangga. Ini umpama sumbu mercun yang gagal dipadamkan. Sumbu mercun itu hanyalah sekadar keluar percikan bunga api. Bila tidak dipadamkan, letupan mercun amat kuat bunyinya.

15. Memberi semangat kepada suami. Sesekali berlaku juga lemah semangat kepada suami, bukan lemah jiwa. Dalam situasi demikian, maka isteri hendaklah bersikap seperti Sayidatina Khadijah ketika Rasulullah SAW mula menerima wahyu. Sayidatina Khadijah menyelimutkan Rasulullah SAW dan memberi semangat serta perangsang dengan tugas besar yang baru diterima oleh Rasulullah SAW.

16. Ketika suami bercakap, tidak kira dalam apa topik dan aspek, maka isteri perlu mendengar dengan teliti dan sepenuh hati. Ini juga sebagai tanda hormat, memuliakan suami serta tanda merendah diri kepada suami.

17. Cacat cela, kelemahan, aib, kejahatan suami tidak didedahkan kepada sesiapa pun, hatta kepada ibu bapa dan kawan sendiri.

18. Isteri juga hendaklah berusaha membesar dan mengutamakan Tuhan. Hendaklah sama-sama menjadi hamba yang hidup bertuhan dalam apa jua aspek kehidupan.


utk bergelar isteri yg solehah, kaum hawa sepatutnya ada ciri2 seperti yg dikatakan diatas. i blm bersedia utk bergelar seorang isteri. kalian doakan semoga CFS dipertemukan jodoh dgn cpt yerr. wlpn umur br 22thn, tp, masa tk menunggu kita. MorNight uolsss ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved FarsyaShamsudin