blm pkul 2p.m. smpt la wish noon kt uols. hikhik! okay. kita sibuk duk ckap 'i sayang you sgt2'. tau tk apa mksd sayang tuh? kita duk ckp 'i tk dpt kasih sayang dr you'. apa itu kasih? apa itu sayang? haaa! meh sama2 kita berceloteh mengenai ini. topik yg sgt tk brape nk hot la kannn. tp, i tetap nk share jgk. hehe!
Setiap hari, saban waktu dan sepanjang masa sering dan tidak kering dari bibir kita mengucapkan kata-kata cinta, sayang dan kasih terhadap sesuatu atau kepada seseorang. Tapi sedarkah kita di mana bermulanya perasaan kita itu?
Timbulnya persoalan ini ketika saya sedang bersantai di kedai makan lewat malam tadi. Sedang saya menikmati hidangan yang saya pesan, kedengaran sekumpulan lelaki dan perempuan sibuk menceritakan mengenai hal kasih dan sayang bersebelahan meja saya. Mengenai insuran nyawa.
" Apa yang Encik tahu mengenai insuran? Adakah Encik sedar bahawa selama ini Encik tidak menyayangi diri Encik dan mengabaikan masa depan keluarga Encik? " Kata-kata mereka ini membuatkan saya ketawa kecil sendirian.
Sedarkah mereka, apa yang mereka luahkan hanya berbaur kata-pujuk semata-mata. Memujuk untuk memenuhi keperluan nafsu mereka sendiri. Mungkin asalnya mungkin sudah menjadi kewajipan mereka untuk melariskan produk atau servis keluaran syarikat mereka. Tapi bermotifkan keuntungan semata, hingga terlupa menyampaikan kebaikan dan niat baik di sebaliknya jika kita memiliki polisi insurans peribadi.

Kasih dan sayang merupakan suatu perasaan. Perasaan yang hadir di dalam diri tanpa di paksa atau memaksa sesiapa. Timbulnya perasaan itu apabila kita merasa mereka merupakan sebahagian daripada kewajipan ke atas kita. Kasihnya ibu kepada seorang anak, suami kepada isterinya, sahabat terhadap sahabatnya yang dikasihi dan juga sesama saudara seagama.
Begitulah ada nya maksud kasih dan sayang terpahat di dalam pimpinan prinsip hidup saya selama ini. Di mana, kasih dan sayang itu pasti akan wujud bila kita merasakan rasa tanggungjawab itu ke atas mereka. Bukan insuran atau kewangan di dalam simpanan tanda ukuran sebenar kasih dan sayang kita kepada seseorang. Sekali lagi saya ulangi, Kasih sayang itu anugerah apabila kita merasa bertanggungjawab terhadap seseorang. Dan apabila kita merasa kasih terhadap seseorang, biar di bebani pelbagai rintangan, di sebabkan rasa sayang kepadanya, kita sanggup mengharungi. Bukan semudah kata " lautan api sanggup ku renangi, gunung yang tinggi mampu aku daki ".

0 komen2 dari kengkawan: