Sunday, March 6, 2016

Jangan pernah menghina orang..

Assalamualaikum dan selamat malam. Wah! Memang dah lama taj mengarang ye dak? Tapi kali ni saya menulis dengan keadaan sedih. Kenapa? Sebab diri ini terasa dihina. Tak pernah lagi orang menghina saya sebegini. Allahu! Sebak betul dada ni bila digelar 'tidak bekerja'.

What???!!! Betul ke tak bekerja? Yeke? Saya bekerja. Tetapi dirumah. Kerja saya hanya buat marketing. Yela, kerja dengan kakak sendiri, so tak jadi masalah buat marketing dirumah. Memang ditugaskan sebegitu. Duduk depan laptop, hp, buat marketing cari customer. Itulah kerja saya. Fulltime depan lappy. Gaji pun kecil je. Serupa macam pencacai / bangla punya gaji. Gaji saya tak sampai 5k sebulan. 3k sebulan pun tak sampai. Cuba awak cakap macam tu dekat orang lain yang bergaji kecil dan kerjanya lebih kurang seperti saya. Apa perasaan beliau? Adakah beliau dengan bangganya mengaku 'kerja aku relax tak macam korang even gaji besar'. Sebelum ni saya pernah bekerja di stesen Petronas depan rumah sebagai 'pekerja awam'. Dengan kata lain, kerani, Tapi sebenarnya bukan fully kerani. Kene duduk cashier pada waktu pagi, then lepas balik rehat buat kerja dalam. Which means kerja kerani la. Accounting, check stock dan lain-lain. Setiap hari akan ulang rutin yang sama. Bukti saya pernah bekerja di Petronas depan rumah? Nah tengok gambar.

Jeng jeng! Ini nama dia Anarul Islam. Dekat Petronas, dia la kawan baik saya. Kitorang memang rapat dekat tempat kerja. Apa-apa memang saya akan mintak tolong dengan Anarul. Sebab dia tak pernah kata NO bila orang mintak tolong. Tak kira la siapa pun yang mintak tolong dia.

Nampak muka dia baik kan? YES! Dia memang baik. Susah betul nak tengok dia marah. Dia marah pun membebel sahaja. Itu pun dengan nada yang biasa macam dia bercakap dengan orang. Bila dia membebel, saya dah faham dah dia tengah marah. Ada sesiapa berkenan? Dia warga bangladesh. Cehh! Promote kawan sendiri pulak.

Ok, saya memang tak malu mengaku dia kawan saya. Ok what. Kawan dari overseas tu. HIHIHI Apa cite promote kawan sendiri pulak ni? Ok STOP pasal cite si bangla ni,

Berbalik kepada topik yang saya terasa hati sangat. Adakah saya masih digelar sebagai 'tidak bekerja'? Tidak mengapa. Saya anggap itu sebagai asam garam kehidupan. Yang Di Maha Adil tau macam mana perasaan ketika ini, detik ini. Biar bergaji kecil, biar dihina, saya takkan menyusahkan orang. Saya cukup dengan gaji pencacai ni. Kenapa? Sebab kereta ibu masih tanggung. Ini pun sementara. Tengah mencari kerja yang tetap untuk jaminan hari akan datang. Disamping itu, saya akan berbusiness secara kecil kecilan. Dan juga part time dengan akak. Wow! Kiri kanan income masuk. Tamak betul kan? HEHE Bukan senang nak jadi senang, dan bukan susah nak menjadi susah. Pengajarannya jangan pernah menghina orang yang bergaji kecil.

Akhir kata dari saya, sekian penulisan daripada saya, assalamualaikum w.b.t ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved FarsyaShamsudin