Monday, December 31, 2012

New Year eve ;)

Assalamualaikum dan selamat siang semuanya ;)
entry kali ni tkde la menarik mana. sb tkde gmbr bunga api lg. yela, lg beberapa jam je nk menjelan 2013. cpt btl masa berlalu. apakan daya, pejam celik pejam celik dh 2013. syukur alhamdulillah kita masih celik di saat ini. sempat lg nk bertaubat pd yg nk berubah ;) DAN yang paling penting lagi beberapa jam je i lebih tua. 23tahun pada tahun 2013. halaaaa :'(( rasa sayang nak tinggalkan tahun 2012. tapi, apakan daya, kita takde kuasa untuk berhentikan masa. DORAEMON, mana awak? saya perlukan mesin hentikan masa. LOL

Apa azam korg pada tahun 2013? i berharap thn 2013 lbh baik dr thn 2012. semua org pn berharap mcm tu. moga diberkati olehNya *angkat tgn berdoa* okay, psl new year eve, mlm ni korg ke mana? dh ada plan ke? i tkde plan pn. just amik akk then lepak OldTown(OT) danau kot. sb situ pn tmpt i slalu lepak. BIL pulak tringin minum ice blend. situ la tmpt dituju. mls nk menuju ke tmpt lain. sb wktu2 spt mlm ni cnfrmed jem sgt sgt sgt. tersangat la padat mcm tauhu yg disumbat-sumbat dgn timun dan bubuh sos. HIHI cite psl makanan la plop. kwn i pn katanya 'i klua esk pn naik moto jln2. mls naik kreta, jem'. see? jadi, untuk elak dari jem, apa kata korang naik moto sahaja. lebih mudah dan pantas. ada sesetengah manusia taknak naik moto. katanya 'NON CURLASSS'. double what? terus gue harus bilang WOW gitu? takde nya 'NON CURLASS' and what so on. zaman sekarang rmai prefer untuk menunggang motosikal di waktu sebegitu. kehidupan di KL pentingnya ada moto. sebab munasabab dia adalah JEM. bukan jem roti ok :D

Ok, setelah merepek merapu dan meraban. back to main topic. apa bestnya sambut new year? anda ada pengalaman yang ingin dikongsi? moh ler comment :D macam i, takde pengalaman pun. every year pun just kluar jalan2 tgk suasana, then balik. kadang2 duduk rumah je. sebab nothing special pun. kenapa event seperti ini disambut elok? kenapa event di masjid kurang memuaskan sambutannya? adakah ini berlegar difikiran anda? kalau takde, nvm. ini yang berlegar difikiran i. kita lebih memilih untuk ENTER ke neraka dengan bayaran. TAPI, tidak memilih untuk ENTER ke syurga dengan tanpa bayaran. diri anda, anda sendiri la decide okay?

Dan mungkin juga ramai 'Awek2' yang bakal dikorban kan. wahai gadis2, mana manners kalian? fikirkan mak ayah dirumah yang sangat percaya kan anda.. jangan menyesal kemudian hari gadis2 ku. fikir sebelum buat. kaum adam takkan buat isteri sekiranya anda berperangai sebegitu. sejahat-jahat kaum adam, mereka mahukan isteri yang solehah. opsss! TERceramah plak. sorry :/ ustazah kah dia ni? takla, i wanita biasa je. HEHE cuma sekadar ingatan untuk kalian semua dan diri i sendiri. MAAF sekiranya ada yang terasa. i tak bermaksud untuk berbuat demikian. apa-apa pun


HAPPY NEW YEAR / SELAMAT TAHUN BARU 2013.

Tuesday, December 25, 2012

Ciri-ciri lelaki idaman..


Assalamualaikum dan selamat malam semua ;)
entry kali ni agak best jgkla. tp, tk best mn. eh eh! mcm paria la kau ni farsya. kjp best,kjp tk. HAHA blh tahan la kot. ehhh?! blh tahan plak? joke joke. korg bc, korg la nilai ok? entry kali ni i nk mencerita kan lelaki idaman di kalangan wanita.

I ada kwn yg sering bertnya dkt i 'you, apa yg wanita nak sbnrnya dr lelaki?' 'apa ciri2 yg wanita nk ada pd lelaki tu?'. dan mcm2 lg lahh. byk kes yg i dh dgr, okay guys, i nk share skit je, tk byk. sekurang-kurangnya korg blh la praktikkan utk memikat wanita yg korg inginkan..

Zaman skrg ni mmg ssh nk cr lelaki yg btl2 menepati citarasa kita. al-maklumlah bkn semuanya sempurna. btl? jika Allah ciptakan semua hambanya sempurna, maka tk majulah manusia. akan berada di takuk yg sama jgk. sb semuanya dh sempurna, apa lg nk diperbetulkan. btl? 

Okay kwn2 semua, ciri-ciri lelaki idaman wanita adalah :


1. LELAKI YANG PRIHATIN
Kalau dapat lelaki sedemikian memang dijamin sweetla coz bila kita ada pe2 masalah kita boleh luahkan pada lelaki ini dan lelaki ni plak pandai ambik hati kita dan mengambil berat tentang kita time susah dan senang.Yang penting tidak hipokrit dalam meluahkan cadangan penyelesaian or pendapat tentang masalah kita. Yang paling ditakuti ialah bila lelaki ini akan berasa jemu coz asyik dia je kena jadi pendengar setia.Jadi kita kenala jadi prihatin jugak.Kira situasi win-win la.

2. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA
Lelaki ni jenis yang cool kerana yakin dan bertimbang rasa dalam memberi kita suatu kebebasan untuk membuat pilihan dan keputusan yang sewajarnya.Bukan senang nak cari lelaki camni,kebanyakkan semua ada ego tinggi.Tapi diingatkan kebebasan yang diberi itu,bukanla tiket untuk keluar dari rumah tanpa minta izin dari dia.

3. LELAKI YANG BERHATI-HATI
Lelaki ini seorang yang amat bertanggungjawab dalam melaksanakan tindakan. Kalau dapat lelaki sedemikian,nescaya kamu akan selamat 24jam dari sebarang kecelakaan dengan izin Allah s.w.t. Seolah2 kita dapat bodyguard yang sungguh setia menjaga keselamatan kita. Kan sweet camtuh macam dimanjai dan ditatang bagai sang puteri dari kayangan.

4. LELAKI YANG WANGI DAN BERSIH
Lelaki ini bisa membuatkan kamu berasa selesa untuk mendampingi dengan dia. Masakan tidak,sudahla dia wangi kemudian bersih lagi. Tentula kamu akan berasa amat selesa. Sudah lumrah ktia cintakan kebersihan dan kewangian yang neutral. Konfirm keje2 kat rumah menjadi ringan andai dapat lelaki begini.

5. LELAKI YANG PEMURAH
Ni lelaki yang best,setiap ulang tahun kelahiran dan perkhawinan kita,konfirm ada2 je suprise dibuatnya. Ada yang dapat melancong ke luar negara,ada yang dapat barang idaman dan macam-macam lagi. Kalau lelaki ni jenis pangkat DATUK yang lebih berusia,rasanya kita x berapa nak bahagia kot. Lainla kalau dapat DATUK yang muda-muda yang dia sendiri ikhlas mencintai kita.

6. LELAKI YANG TIDAK KISAH
Lelaki ni kadang2 best gak coz apa yang kita masak mungkin dia x la nak kritik sangat macam simon paul tuh. Kadang-kadang bila kita ajak makan kat luar,dia x marah n siap bawa kita ke restoran tempat kamu dating2 dulu. Best kan??

7. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU
Ini lelaki kalau dapat memangla bahagia,bukan apa saat kita dalam kesedihan,kemurungan dan sebagainya,dia lah orang yang paling memberi sokongan padu. Saat kita nak melahirkan anak,dia ada disisi,saat kita perlukan pelukan kerana dibuang kerja,dia ada disisi dan apa jua konteks yang memerlukan kita mendapat sokongan,lelaki inilah yang akan memenuhi konteks tersebut.

8. LELAKI YANG CINTAKAN KEDAMAIAN
Lelaki ini kalau dapat konfirm kita akan dapat melawat tempat2 menarik seperti dalam hutan,tasik dan sebagainya. Memang best dapat lelaki yang sukakan kedamaian ni,mungkin kita x pernah masuk dalam hutan akan jadi gila nak masuk dalam hutan. Bukankah romantik berdua-duaan dalam hutan bersama lelaki begini(yang dah jadi suami la),seolah-olah dunia ni milik kamu berdua. Nak balik kampung konfirm dipenuhi lebih2 lagi kalau lelaki ni asal duduk dibandar.Mungkin dia lebih suka ikut kamu ke rumah mak mertuanya.

9. LELAKI YANG EGONYA TIDAK TINGGI
Tentu kita akan bahagia bila kita dapat meluahkan pandangan dan pendapat sendiri kepada lelaki ini.Bahkan dia sendiri sudi menerima cadangan kita,itupun kalau dia rasakan logik dan betul setelah berbincang dengan kita. Lelaki ini juga akan meluahkan perasaan kepada kita tanpa sembunyikan apa-apa.Coz dia yakin kita ni pendengar setia. Bukankah diri rasa dihargai bila dapat lelaki sedemikian.

10. LELAKI YANG KUAT BERAMAL SOLEH
Mendapat lelaki yang kuat beramal soleh adalah idaman sejati bagi mana2 wanita seolah-olah dalam rumah itu cam dalam syurga je. Manakan tidak,lelaki ini konfirm akan menyayangi kita dengan sepenuh-penuh kasih sayang,menegur kesilapan kita dengan betul dan sebagainya. InsyaAllah akan mendapat keberkatan dalam hidup kalau dapat lelaki sedemikian. Mungkin sukar nak dapatkannya,tapi jodoh ni aneh.So selalulah berdoa kepada Allah s.w.t akan dikurniakan lelaki sedemikian.

Wednesday, December 12, 2012

Cinta jarak jauh.



Assalamualaikum dan selamat petang semua ;) entry i kali ni msti yg rmai tgh lalui. sama ada pasangan suami isteri mahupun pasangan kekasih yg terpaksa berjauhan dgn org yg disayangi atas sebab munasabab yg tertentu. segala yg ditentukan, pasti ada hikmahnya..

Cinta jarak jauh sangat sukar dan mencabar. itu ungkapan paling tepat untuk menggambarkan perhubungan cinta jarak jauh. namun demikian, adalah tdk mustahil perhubungan sebegini dpt bertahan dan kekal lama.
apatah lagi kini, sudah menjadi trend kebanyakan anak muda atau pasangan suami isteri menjalinkan cinta jarak jauh walaupun sudah tahu risiko yg bakal dihadapi.. apa yg pasti, perhubungan sebegini mempunyai peluang yg sama utk berjaya seperti perhubungan cinta jarak dekat..

Pensyarah Jabatan Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Dr. Khaidzir Ismail memberitahu, hubungan jarak jauh ini sebenanrnya, jika difikir dari sudut positif adalah lebih manis. ia ibarat "jauh di mata, dekat di hati. pasangan yg terlibat akan semakin rindu antara satu sama lain kerana berjauhan rentetan timbul rasa kehilangan dan kekosongan.. rasa kehilangan itu ditebus dengan berutus surat, menghantar email, menelefon ataupun 3G. zaman kini sudah millenium. tetapi, bahanya perhubungan ini adalah jika terlalu lama berjauhan dikhuatiri kasih sayang mula pudar," katanya..

Beberapa tips bagi membantu pasangan mempertahankan hubungan jarak jauh:

1) KEPERCAYAAN DAN KEJUJURAN
Kepercayaan adalah keutamaan jika mahu perhubungan sebegini berhasil. tanpa kepercayaan dan kejujuran hubungan akan berada dalam keadaan bahaya. anda perlu percaya dan berserah pada takdir.

2)KOMITMEN
Komitmen amat penting dalam perhubungan. jika anda dan pasangan memberikan komitmen sepenuhnya dalam perhubungan, ia akan berjaya. faktor jauh atau dekat sama sahaja, cuma perhubungan jarak jauh lebih byk cabarannya. apa pun ia terpulang kpd individu..

3)SELALU BERHUBUNGAN
Komunikasi amat penting. walaupun tdk dpt berkomunikasi secara bersemuka atau secara langsung, anda dan pasangan masih blh berhubungan dgn mengutus surat,email dan menelefon.

4)JANGAN LETAKKAN BANYAK HARAPAN
Setiap individu sememangnya mengimpikan perhubungan yang berakhir dgn kebahagiaan namun jgn sekali-kali meletakkan harapan yg tinggi dlm perhubungan sebegini kerana dikhuatiri akan menyebabkan kekecewaan yg tragis.

Bukan bererti anda tdk perlu serius dlm menjalinkan hubungan, cuma jgn letakkan harapan 100% terhadap hubungan cinta jarak jauh sebegini kerana perhubungan sebegini sukar dan berisiko tinggi.

5)KESETIAAN
Perhubungan sebegini  memerlukan kesetiaan antara pasangan yg bersungguh-sungguh dan ikhlas. jika tdk hubungan tdk akan berjaya.

Kebanyakan pasangan yg tiada sifat ini akan putus terutama melibatkan pasangan yg baru diperingkat bercinta kerana tiada ikatan. dlm kes ini, kebiasaannya lelaki lbh kerap berlaku curang..

6)EMOSI
Jgn terlalu beremosi ketika berjauhan kerana faktor jarak dan jarang bertemu muka membuatkan anda sering menaruh prasangka buruk. kawal emosi sebaik mungkin dan perlu berfikiran positif bg mengelakkan pergaduhan..

Thursday, December 6, 2012

Siapa kita?

firstly Assalamualaikum to all of you who read my bloggies :D sihat? hope korg semua sihat2 belaka. mksd i, kesihatan ;) entry kali ni, 'Siapa kita?'. wahhh MACAM menarik je. macam je ok. blm tntu menarik. act, i tkde idea nk mengarang. suddenly tgh layan lagu 'Muara Hati' dkt blog, i dpt idea. so, hope uols enjoying  to read this entry ;)

I ada kenalan yg suka judge org tnpa menilai hati budi seseorang. for me, kita tkde hak nk menilai seseorang dr luaran saje. klau tanggapan kita salah, tk ke berdosa? klau nk menilai pn, biar diri sndiri tau. tk perlu heboh ke org lain. orang akan fkr attitude kita sgt 'low' dkt situ. org akan bckap juga 'parents dia tk ajar ke attitude yg bgs dkt dia?'. ok,maybe i je yg akan berkata sebegitu. org lain i tk tau la. okla kawan2, lain org, lain caranya. hati mmg sama semuanya. tp, dalaman tu. adakah ianya sama? kita tk tau. siapa yg tau? Yang Maha Esa lbh mengetahui. jadi, jgnla pndai2 kita nk menilai org tnpa mengenali hati budi org tersebut. mungkin luarannya agak kasar kedengaran, tp, slalunya org mcm ni la lg mulia hatinya. dan mungking jgk, dlu dia pernah buat silap, jgnla smp tk betegur siapa. setiap manusia melakukan kesilapan. am i right? mungkin pd hr ini, dia telah berubah? who knows right? buruk mana pn seseorg, pasti baik akhirnya. Allah sentiasa memaafkan hambanya dan memberi peluang kpd hambanya utk berubah. mcm i jgk, i yg dlu tk tau nk diungkap mcm mn. i yg skrg, lbh kpd bersahaja. bkn nk angkat bakul sndiri. tp, masih byk lg yg perlu i perbaiki. mungkin di mata anda, i tkde la baik. pura2 buat baik or else. diri i hnya i je yg tau. people changed. 

Pengarajan dkt sini, jgnlah kita sesuka hati nk menilai org. igt tuhhh. hope korg enjoy la bc this entry. eventho to simple and to short. no idea btw. *winkwink*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved FarsyaShamsudin