Friday, March 30, 2012

Gaduh?

Selamat malam para pembaca semua ;D
dlm 1hari ni korg ada tk salah fhm then bergado dgn org? I ada. I jd moody sgt hrni sb mata tk sihat. dh brape mgu infection. letih dh bubuh ubat. bila bubuh ubat, mcm nk buta je mata ni. apa korg akan fkr klau korg whatsapp dr tgh hr, then tk direply. lps tu ptg lps korg smp rmh, call tiba2 tk dpt. tk pnh off phone time cmtu, hrni off phone. msti bengang n fkr lain right?

mcm tu la I rs. mcm tk dpt perhatian jer. so sad I am. everytime salah fhm pn, knp wanita harus dipersalahkan? dan knp msti wanita harus mengalah dan mntk maaf? itu sgtlah tk adil.
klau setiap kali pn mcm ni, lama kelamaan si wanita akan mula rs MUAK!
kaum adam, silalah berhati2 dgn keadaan sebegini.

JANGANlah terlalu MEMETINGKAN diri sndiri.

setiap manusia ada kesabaran dan keegoan. sabar pn ada batasnya. ego pn ada tahapnya.
jgnlah asyik nk tgu org lain mntk maaf dlu. kita ni sapa? RAJA ke?
sekaya mana pn kita, di alam barzakh nt kita ditmpt yg sama. sama2 rendah. jgnlah terlalu mengikutkan perasaan kaum adam sekalian.


wlpn korg tknk bg komitmen sgt dkt pasangan korg. paling kurang jaga perasaan org.
jgn buat org menyampah ;)

See ya alls next entry okayh ;)

Tuesday, March 27, 2012

Pack!

Assalamualaikum dan selamat malam facebookers ;)
haaa! buat apa tuh? tkde buat pape ker? apa kata uols tlg i buatkan asgmnt. i bg uols kje mau? HAHA! 

serabut serabut serabut !!

kenapa serabut? serabut sb asgmnt semua nk due date dh. ni pn ada asgmnt yg dkt 2mgu dh berlalu, tp, still tk hntr2. ni bkn saje lengahkan. oleh kerana i jarang masuk kelas miss Aini, so, asgmnt pn tk tau apa yg terbaru.
time kitorg msk kelas miss Aini, br tau hrtu due date nya. MATI!

mmg kelam kabut la semuanya. jumaat ni due date asgmnt Business Communication. presentation on 2 April. 
group kami group pertama utk presentation. tkpe, biar awal, dr 2nd group kan. nt nervous terlebih pulak.
i busy membuat cover page utk asgmnt kami. nk tgk tak?

ni la cover nya. alahai! senang je pn. isi nya yg memening kan. alahai!
wish me luck ok syg2 i ;)

Sunday, March 25, 2012

Baru baru baru. hip hip hoorayyy !

Selamat malam bloggers ;)

Baru baru baru. hip hip hoorayyy? apa yg seronok sgt ni? haaaa! cuba kongsi kan skit apa yg gembira sgt nihhh. nk tau ke apa yg i gembira sgt nih? haa, kjp yer :D


sb gmbr ni la i happy. i dpt kasut br. woahhh!

lantaklah korg nk ckap i over excited ke, apa ke. like i care? hikhik! gembira sb free. akk i blanjer. betapa baik hatinya kakak sy :D

hrganya rm150.90. tp, oleh kerana dia kdai The Shoes Connection (TSC) tu nk clearance stock, best price rm35 sajok. murah kan kan? tp, kasut ni bsr skit. tkde size dh. oleh kerana gila dgn kst ni, amik jgk la size 37. ikut kan i size 36 :/

nmpk tk tgi je dlm gmbr. tp, real dia. Tuhan saje yg tau bila i memakainya kelihatan ketinggian i 160++ hokay. dr 150cm blh jd 160cm? fkrlah tgi mana.
kakak tercinta Farah Shamsudin. trime kasih yer :D

Thursday, March 22, 2012

Isteri yang baik....

Assalamualaikum dan selamat malam ;)
sebut pasal isteri yang baik, msti uols nk tau kan apakah yg ingin dibincang kan.
dalam dunia ni 1001 perangai. jahat, baik. semua ada. terpulang pd diri sndiri sama ada nk berubah ataupun tidak.

TAPI kebiasaannya manusia akan berubah bila tiba masanya.
Nak nak berubah utk org yg kita sayang. mustahil kita tk syg bakal suami/suami/tunang kita. btl? klau tk syg, tkde la kita berikat-ikat dgn lelaki tersebut.

berikat-ikat?
apa tu? berikat-ikat mksd i disini ingin menyatakan bahawa mengadakan hubungan diantara kita dan si lelaki. contohnya dr pasangan kekasih beralih ke pertunangan.
dari pertunangan beralih ke pernikahan dan seterusnya.....

CE kita tgk sama ada kita ada ke tk ciri-ciri yg i mksdkn tu.


Ciri-ciri isteri yang baik :
  • seorang isteri yg baik akan sentiasa menemani suaminya.
  • sentiasa jaga suaminya.
  • sentiasa manjakan suaminya.
  • sentiasa sempurnakan suaminya.
  • sentiasa ada rasa cemburu.
  • redha terima baik dan buruk suaminya.
  • tkde apa yg lbh penting dlm hidupnya sbg seorang isteri selain suaminya.

Wednesday, March 21, 2012

Masalah bau badan? :/

Selamat petang bloggers ;)
buat apa petang2 ni? haaa! entry i kali ni ckp psl masalah bau badan. pd zaman persekolahan dlu msti setiap org pn ada masalah mcm ni. tk dinafikan smp masa kini pn msti ada kan?
bg yg tkde tu, tahniah diucapkan kerana telah berjaya menjaga diri anda dgn sebaik mungkin.
merata tmpt kita pg pn, msti ada bau yg kurang menyenangkan. sama ada bau badan org lain, ataupun badan kita sndiri.

terutama di tmpt awam. lg la mcm2 bau ada. 1001 mcm bau perfume yg sgt kurang menyenangkan. perfume tk berdaftar pnya. kdg2 kita sanggup bau tudung/tangan/bj sndiri utk selesakan diri sndiri dr bau perfume yg tk berdftr tu.

bila timbulnya masalah bau badan, BoyFie/GirlFie pn tknk dkt dgn kita :/
kita sndiri pn tk senang dgn bau yg kurang menyenangkan tu. tmbh org lain.

SEBAB-SEBAB BAU BADAN :

  • Faktor Genetik - Fakta ini tidak disokong 100% kerana jika sering mengamalkan sikap menjaga kebersihan diri seperti mandi minimum 2 kali sehari , pakai pakaian yang bersih serta menjaga pemakanan seharian.
  • Bulu Ketiak / di bahagian Sulit - Dibahagian pangkal rambut terdapat pori-pori yang menjadi bahagian utama bagi kelenjar menghasilkan bau masam :<
  • Stress / Emosi - juga boleh menyebabkan apocrine gland bergiat aktif sehingga meningkatkan keMasaman badan anda hingga ke tahap yang kronik.
  • Kegemukan - juga menyebabkan bau badan terperangkap di setiap bahagian lipatan kulit.
  • Pemakanan - pengambilan makanan yang berempah seperti kari , bawang goreng , durian, minuman keras dan sebagainya.
Tips bagi menghilangkan BAU BADAN :

  • Limau - gunakan untuk menggosok di bahagian ketiak & mandi limau setiap 3 hari untuk mencepatkan hilang bau badan .
  • Bedak - jika anda gemar meletakkan bedak di bahagian ketiak , anda gunakanlah bedak antiseptic.
  • Timun - Gunakan beberapa biji timun dan kisarkan untuk dapatkan jus dan lumur badan anda dengan jus tersebut dan biarkan selama 15-20 minit.
  • Makanan - kurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan bau badan dan perbanyakkan minum air suam.
  • Hampas kelapa - Lumurkan ke seluruh badan dan biarkan selama 45 minit dan bilas.
  • Deodorant - digalakkan pakai untuk mengekalkan bau wangi di ketiak anda tetapi bijak dalam pemilihan deodorant ada juga yang banyak bahan kimia yang menyebabkan ketiak hitam.
  • Hampas teh - lumurkan saja pada badan dan biarkan dalam 15 minit then basuh seperti biasa.

Tuesday, March 20, 2012

Mengapa wanita menangis?

Ketika wanita menangis,
bukan bererti dia mengeluarkan senjata terampuhnya,
melainkan dia mengeluarkan senjata terakhirnya.

Ketika wanita menangis,
bukan bererti dia tidak berusaha menahannya,
melainkan kerana pertahanannya sudah tidak mampu lagi membendung air mata.

ketika wanita menangis,
bukan bererti dia ingin membuat sesuatu yg dia tangisi rasa bersalah,
melainkan kerana dia tak tau apa yang membuat keadaan jadi demikian.

ketika wanita menangis,
bukan bererti dia ingin memancing kepedulian semua orang terhadapnya,
melainkan justeru dia tau,tidak akan ada orang yang peduli.

ketika wanita menangis,
jangan engkau menganggap nya wanita lemah ataupun tukang cari perhatian.
kerana engkau juga yang menyebabkan air mata itu mengalir di pipi nya.


Lima faktor utama yang mempengaruhi emosi kaum wanita untuk menangis iaitu:

Hormon

Perubahan hormon dalam badan wanita ketika datangnya haid memberikan reaksi kepada kestabilan emosi mereka menyebabkan perasaan menjadi sensitif dan mudah tersentuh, yang hanya dapat diluahkan melalui tangisan.

Manipulasi

Wanita mengetahui tangisan mereka merupakan senjata utama untuk menawan perasaan insan lain, terdapat di kalangan wanita yang menggunakan tangisan sebagai satu alat untuk memanipulasi pihak lain.

Emosi Keikhlasan

Sekiranya tangisan wanita tidak berkaitan perubahan hormon dan manipulasi, faktor yang membuat wanita menangis adalah sebagai ekspresi emosi yang penuh keihklasan dan kejujuran.

Kemarahan

Berbeza dengan lelaki yang cenderung menggunaka kekerasan fizikal untuk meluahkan perasaan amarah, kebanyakan wanita pula menggunakan tangisan untuk meluahkan perasaan marah yang tida terhingga terhadap sesuatu situasi.

Memori

Wanita juga, sebagai makhluk yang penuh emosi mempunyai keupayaan refleks yang tinggi terhadap memori dan kenangan-kenangan lama, sama ada kenangan indah atupun buruk dan ini diluahkan juga melalui tangisan.

Manakala dalam persepktif Islam pula, menurut Ibnu Qayyim – terdapt 10 jenis tangisan dalam dunia ini iaitu:

1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati;

2. Menangis kerana rasa takut;

3. Menangis kerana cinta;

4. Menangis kerana gembira;

5. Menangis kerana menghadapi penderitaan;

6. Menangis kerana terlalu sedih;

7. Menangis kerana terasa hina dan lemah;

8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang;

9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis; dan

10. Menangis orang munafik – pura-pura menangis.


Sesungguhnya tangisan itu sendiri merupakan ciptaan dan kurniaan Allah S.W.T kepada makhluknya sebagaimana dijelaskan“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (AnNajm: 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab cetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka “Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati.Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Air mata taubat Nabi Adam a.s. Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

….Bila kali terakhir kita menangis, dan apakah penyebabnya…

Monday, March 19, 2012

Jodoh....

Assalamualaikum dan selamat malam para pembaca semua ;)

Memang diakui jodoh dan pertemuan itu adalah di tangan Tuhan. Bagamanapun kata-kata ini tidak boleh difahami secara umum begini, sebaliknya ia memerlukan huraian yang jelas, kerana ia mempunyai hubungan erat dengan qada’ dan qadar Allah. Seseorang perempuan yang tidak di sangka-sangka dipinang orang kemudian berkahwin dan perkahwinannya kekal sehingga ke anak cucu. Itulah yang dikatakan jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Begitu juga seorang yang sudah lama bercinta dan berjanji untuk untuk berkahwin namun mereka gagal berkahwin, juga dikatakan sebagai jodoh pertemuan itu di tangan tuhan.


Bagaimanapun seseorang itu tidak boleh menyerah bulat-bulat kepada kaedah ini. Jangan hendaknya kerana jodoh pertemuan itu di tangan tuhan maka mereka tidak berusaha untuk mencari jodoh, sebaliknya mengambil sikap menunggu sahaja. Ini jelas satu prinsip hidup yang bercanggah dengan ajaran Islam. Kita dikehendaki berusaha selaras dengan ajaran-ajaran Islam yang Maha Suci, tetapi kita juga hendaklah menyerahkan kejayaan usaha kita itu kepada Allah SW. Setelah berusaha tetapi jodoh tidak ditemui juga barulah boleh kita mengatakan jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan.


Dengan lain perkataan jodoh dan pertemuan yang berbentuk umum itu boleh diubah dengan usaha yang kita lakukan, kerana tidak tidak seorangpun yang dilahirkan sudah mengetahui jodoh dan pertemuannya. Sehubungan dengan usaha yang berterusan selaras dengan syariat mesti dilakukan. Pilihan orang tua atau ibubapa untuk anak mereka tidak semestinya tepat, tetapi kebiasaannya ibubapa tidak akan memilih pasangan yang tidak baik untuk anak kesayangan mereka. Sebolehnya diusahakan mendapatkan pasangan yang baik kecuali mereka yang hidupnya bergelumang dengan kepentingan duniawi. Di kala itu ia akan mengutamakan kepentingan perut dari kebahagiaan rumahtangga anaknya.


Soal permohonan ibubapa untuk menemukan jodoh anaknya adalah satu kerja yang baik. Biasanya doa kedua ibubapa adalah doa yang mudah diperkenankan oleh Allah. dan jika Allah kehendaki Ia akan memakbulkan permohonan itu. Tidak mustahil, kerana itu anak-anak disuruh menaruh sangka baik kepada doa ibubapa mereka. Bagamanapun ibubapa tidak boleh mengharapkan doa semata-mata, sebaliknya mereka juga perlu bergerak untuk mencari jodoh untuk anaknya. Jika anaknya sudah mempunyai kenalan yang berkenan di hati di mana perwatakan pasangannnya baik menurut kacamata syara’ dan tidak apa yang kurang, di masa itu elok diterima sahaja pasangan yang sudah sekufu ini.


Dari sudut ketaatan pula seorang anak perempuan dikehendaki taat kepada kedua ibubapanya selagi ia belum berkahwin dan selagi perkara yang diperintahkan itu tidak berbentuk maksiat. Tetapi setelah ia berkahwin ketaatan berubah kepada suaminya sepenuhnya. Dengan lain perkataan syurga seseorang perempuan itu sebelum berkahwin bergantung kepada ketaatan kepada kedua ibu bapa selain dari amalan-amalan wajib yang lain, dan setelah berkahwin bergantung kepada keredhaan suaminya dan tidak dalam perkara yang berbentuk maksiat.

Sunday, March 18, 2012

tidak bernasib baik...


Selamat malam semua ;)
i br je smp rumah pd pkul 9;30p.m td. smp kl 9;15p.m lg. tp, singgah kdai makan. tu yg jd lmbt skit. hmm! ipoh-kl. wahh! rmai blk hrni. bdk2 skolah nk start skolah dh kan esk. mmgla berpusu-pusu org balik. i dlm kreta tido je. tk sihat pnya psl.


kali ni balik kg agak tk memuaskan. sb i ditimpa malapetaka yg sgt tk brape nk dasyat la. i tk tau i makan apa, smp i cherry berry. andaian ibu, maksu n others disebabkan ayam kenduri. tk tau la sama ada btl ke tdk. sb 1rumah cherry berry. tp, i paling teruk. cousie2 i, skali je msk toilet then okay. i brape byk kali. setiap tmpt yg kami singgah, msti ke toilet. sgt tk slesa utk bergerak yer. lps blk dr kenduri sblh lelaki tgh hr td, kluarga i dan kluarga maksu i singgah dikedai utk makan laksa. i tk mkn pape pn. i just ddk diam sb tahan sakit. ibu dh risau sb muka i pucat sangat.


ni salah satu ubat dr 5ubat yg doc bg.

selesai semua makan, cousie i n ibu suh pg klinik. prgi klinik area rmh maksu i, doktor plak msk pkul 6;45p.m. masa tu br pkul 4;55p.m. then pg poliklinik jit dkt area2 bercham tu jgk. nsbla doktor ada. doktor suh i baring dan check apa tk kne. rupa2nya doktor ckp i infected. rahim sudah dijangkiti kuman. sb ppuan period, rahim akan lembut dan kalau tk tahan senang dijangkiti. doktor bg i ubat. then i makan, alhamdulillah okay lps tu. slesa ddk dlm kreta ms otw ke kl utk pulang ke rumah masam i. hikhik! bila smp rmh, perut dh rs lain mcm blk. maybe sb tempoh ubat dh hbs. so, i makan nasi n telan ubat lg. kjp lg nk rehat ;)
take care uols ;)

Saturday, March 17, 2012

Kenduri kenduri kenduri ;)

Assalamualaikum dan selamat malam para pembaca ;)
buat apa je tuh? dkt mana? CFS dkt kampung halaman bonda tersayang. agak2 uols buat apa? i blk kg utk hadir kenduri mak ngah i. kenduri sblh perempuan hrni. kenduri sblh lelaki esk hr ahad ;)
i bgn seawal 7pagi utk bersiap ke perak. pd pkul 8 tepat, kami bertiga bertolak. sblm memulakan perjalanan, kami singgah di Petronas utk mengisi mnyak, dan smart tag my dad. slps selesai semua, kami bertolak dr gombak pd pkul 825a.m. lbh kurang la wktunya.


lbh kurang pkul 1015 kami berhenti di R&R bukit gantang. buat apa yer? berhenti minum je pn. lengahkan masa agar tkla terlalu awal smpnya. lps minum, terus bertolak utk ke destinasi yg ingin kami tujui. kampung ibu di batu 8 Changkat Jering. lps turun tol, tk jauh dr tol je kampung ibu. dh smp tu kira okla. smp2 mkn, lepak jp, then amik gmbr skit2. utk koleksi sndiri la kann. itu jela kje i. lps cousie2 dtg, i sambut then borak dgn cousie. rndu dkt cousie2 sekalian. lps borak, nk teman la cousie jmpe pengantin. nsbla salah sorg dr cousie prasan apa yg ada dkt i. guess what? ada kesan darah dkt blkg i. ohmy! i tgk2 skali btl. malu gila kot. trus pg rmh mak long Fizah utk pkai apa yg patut. lucky la cousie i prasan. klau tk hbs i lg malu. btl2 memalukan. pengalaman pahit yg tk pnh kne dan tk blh dilupakan. haizzz :/


setakat ni jerla entry i. tu je nk berkongsi. i pnjam PC cousie utk mengONLINE kan diri. HAHA! thanks k.yang a.k.a Nurul Jannah ;)

Friday, March 16, 2012

i LOVE makeup & ice choc blended ;)

i LOVE makeup ;)

Assalamualaikum dan selamat malam sabtu ;)
hrni 16march2012. okay. i snap this picture for 'Picture Personality Contest'. apa kne-mengena dgn gmbr ni? gmbr ni slps i di makeup kann. tema? tema i lbh kpd funky. and i suka makeup lbh pd bahagian mata. kerana mata memainkan peranan yg sgt penting.


act i pn tk tau knp i suka sgt makeup. maybe dgn makeup, kita lbh tampak lbh yakin da bergaya kot. tk ksh la apa pn, i tetap suka makeup. i menggunakan wrna hitam, turqoise, dan putih utk eyeshadow. pink color for blusher from elianto. i menggunakan tony tint red apple from Tony Moly + Cherry Lipbalm utk bibir. wrna coklat utk bentukkan hidung. and purple glimmers stick from avon for lower eyeliner. blue mascara from avon for curl my lash. upper gel glimmers eyeliner black color from elianto. and the most important you apply eyeshadow and others, im used prestige foundation from its skin. and concealer [i-code] from its skin.


i LOVE ice choc blend.

no matter what i love to drink this kind of ice blend. i minum ni dkt Dragonfly pastry, Times Square. serius yummy gilaaaa! tp, i tk brape suka cream dia. tk brape nk yummy la. cream starbucks more better la. dan gmbr ni ditangkap utk contest yg sama. i pilih buat dua tema sb juri blh pilih mn satu better ataupun dua-dua skali pn blh.


dedua pn i suka ;)
thats all for this entry. cya readers ;)

Wednesday, March 14, 2012

Arsenal 2 - Newcastle 1

Assalamualaikum dan selamat malam.
wahhh! nk berkongsi psl arsenal lg ni. excitednya i ;p
kemenangan berpihak kpd arsenal lg. last minit Vermaelen jaringkan gol utk kali kedua. klau tk, draw la dgn newcastle.


bg fans2 newastle, harap bwk bersabar yerr. adat la ada menang kalah ;)
btw, i tk blh nk ulas pjg2. sb i tk tgk game pg td pd pkul 4a.m. someone yg tgkkn utk i. tp, keputusan i dpt tau dr abg ipar i. itupn setelah i tweet dkt twitter. isk isk isk! klau tk, i tk tau keputusan. walaupun tk dpt tgk, dpt tau keputusan pn kira okay la kan kan?


dlm tgh mengarang penulisan di blog ni, i tergaru plak jerawat i. mmg bengang! dhla kt dahi. asyik tergaru jerr. lahai la jerawat ni. eh eh CFS ni. nk cite psl jerawat ke psl Arsenal? HAHA! psl Arsenal dh hbs dh pn :D
tkde apa nk dituliskan. yg tau, MENANG. okay? daaaaaaaaa

Sunday, March 11, 2012

Tugas seorang wanita..

Pendapat bagi seorang wanita yg sudah berkahwain : Belajar di peringkat menengah, kemudian ke universiti, setelah itu bekerja sepenuh masa dan kemudiannya ‘double shift”, perkahwinan dan melahirkan anak tidak termasuk keutamaan saya! Saya berkahwin ketika berusia 25 tahun dan dianugerahkan dua orang anak yang jarak usia antara keduanya tidak lebih dari sebelas bulan hingga saya terpaksa berhenti kerja. Keadaan saya yang meninggalkan alam pekerjaan itu menyebabkan pada masa ini saya berhadapan dengan banyak tekanan dari masyarakat, suatu perkara yang menjadikan saya ragu-ragu terhadap kebenaran keputusan yang telah saya buat. Semua ini mendorong saya untuk melakukan penyelidikan berkenaan topik: “Wanita bekerja di luar rumah”. Soalan ini selalu membelenggu saya; adakah apa yang saya usahakan dalam pekerjaan saya ini untuk merealisasikan kepuasan diri, kebahagiaan palsu atau hakiki?

Untuk menjawab persoalan ini saya mesti memahami sebab saya berusaha dalam pekerjaan saya sepanjang hidup saya. Lalu saya sampai kepada jawapan bahawa sebabnya adalah kembali kepada konsep-konsep yang saya ambil dari persekitaran hidup saya dan juga rakan-rakan sebaya saya. Konsep-konsep ini dapat disimpulkan pada wanita itu tugas asalnya adalah seorang pekerja, bukan ibu ataupun pengatur rumahtangga. Tugas dan gaji khususnya itulah yang akan merealisasikan kepuasan dirinya dan kebahagiaannya. Saya tidak mencela kedua ibu bapa saya kerana telah mendidik saya dengan konsep-konsep yang salah ini kerana ini merupakan natijah semulajadi yang terhasil kerana umat berhadapan dengan perang budaya kapitalis secara luarbiasa dengan pelbagai cara dari media, iklan, episod drama dan juga filem-filem, metodologi pendidikan dan program kebudayaan, pimpinan pemikiran dan politik yang disuburkan melalui tapak tangan Barat dan dipelihara dengan baik oleh mereka, barangkali juga dalam asuhan mereka.

Sementara kita umat Islam ini sesungguhnya menjadikan syariat sebagai tolok ukur perbuatan kita. Agar kita dapat mengeluarkan sesuatu hukum syarak, kita hendaklah mengetahui realiti supaya hukumnya dapat diterbitkan. Oleh itu kita bermula dari awal dengan mengetahui kewajipan asal bagi wanita kemudian baru beralih pada kewajipannya sebagai isteri, hukum syarak berkenaan tugasnya, syarat-syarat ia bekerja di luar rumah dan masalah sebenar berkaitan tugas ini.

Hukum asal wanita itu adalah menjadi ibu dan pengatur rumahtangga. Ia adalah kehormatan yang wajib dijaga:
Sesungguhnya perkataan pengatur rumahtangga tidak bermaksud bahawa wanita adalah pembantu rumah ataukhadam bahkan ia bermaksud bahawa wanita adalah pengurus rumahtangganya dan orang yang bertanggungjawab ke atasnya sepertimana yang disebutkan dalam hadith:

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Setiap dari kamu adalah pemelihara dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap apa yang dipeliharanya. Seorang pemimpin adalah pemelihara dan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang lelaki adalah pemelihara keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang wanita adalah pemelihara dalam rumah suaminya dan bertanggungjawab terhadap apa yang menjadi tanggungjawabnya. Seorang khadam adalah pemelihara harta tuannya dan ia bertanggungjawab terhadap pemeliharaannya.

Maka wanita adalah pemelihara dan dia bertanggungjawab terhadap pemeliharaannya. Dia merupakan pemimpin dalam mendidik anak-anaknya, dalam mengajarkan mereka, membaguskan akhlak mereka, membina pemikiran mereka. Supaya wanita dapat melakukan peranan ini, dia hendaklah menyiapkan dirinya dengan menuntut ilmu dan pengetahuan syarak dengan kadar yang diperlukannya dan yang membolehkannya melaksanakan kewajipan ini. Lelaki pula, sama ada bapa, abang atau suami wajib menyediakan perkara-perkara tersebut untuknya. Sementara keadaan dirinya yang merupakan kehormatan yang wajib dijaga, Islam telah menjadikan kematian dalam rangka memelihara kehormatan ini sebagai syahid. Manakala fungsinya sebagai ibu adalah dirinya yang merupakan tiang dalam membina keperibadian adalah satu perkara yang bukan teori atau khayalan. Allah SWT ketika hendak memberikan contoh kepada orang-orang yang beriman, memilih untuk mencontohkannya dengan seorang wanita “Dan dijadikan contoh oleh Allah kepada orang-orang yang beriman, isteri Firaun” kemudian Dia berfirman: “Dan Maryam anak Imran”. Hal ini meskipun menunjukkan kepada sesuatu perkara, ia sesungguhnya menunjukkan keagungan peranan wanita dalam membina keperibadian-keperibadian. Demikian juga apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW: “Ambillah setengah agama kamu dari al-Humaira’ ini, iaitu ummul mu’minin Aisyah.”

Tidak ragu lagi bahawa hal ini menetapkan tanggungjawab atas wanita, iaitu hendaklah ia pertama-tama sekali melihat kepada dirinya dengan pandangan yang mendalam, yang benar hingga dia dapat melihat dan merasakan keagungan tempatnya dalam Islam dan memahami bahawa ia merupakan nadi kehidupan dalam keluarga dan masyarakat. Sesungguhnya dia berkhidmat kepada urusan rumah dan kebaikan keluarganya, dan dialah yang bertanggungjawab supaya Allah itu dingati dengan banyak di rumahnya. Allah disucikan dan dipuji pada pagi dan malam hari di rumahnya. Solat dilaksanakan, dan al-Qur’an pula dibaca di dalamnya. Sementara anak-anaknya pula dididik seperti ia mendidik dirinya untuk memikul dakwah, ketaatan, berkorban dan memberi di jalan Allah, sementara gangguan dari manusia atau pihak pemerintah tidak dapat memudaratkannya.

Sesungguhnya kewajipan isteri terhadap suaminya banyak sekali sepertimana jua tanggungjawab suami terhadapnya. Belum dikira lagi semua kewajipan syaraknya sebagai manusia; seperti solat, puasa, zakat, haji, berlaku benar, menunaikan amanah, menutup aurat, taat kepada suami, berbuat baik kepada ibu bapa, menghubungkan silaturrahmi, menuntut ilmu, muhasabah pemerintah, jihad defensif, melakukan amar ma’ruf nahy munkar, memikul dakwah, membai’at pemimpin umat Islam, melazimi berbuat taat dan banyak lagi. Ini adalah sebahagian kefardhuan yang berkaitan dengan wanita dan yang meliputi semua aspek kehidupan termasuk: ibadat, muamalat, uqubat, makanan, pakaian dan akhlak. Oleh itu, peranan wanita Islam tidak terhad di rumah sahaja meskipun keibuan dan tugasnya di rumah adalah tugas asalnya, tetapi menjangkau kepada semua aspek kehidupan Islam.

Kewajipannya sebagai isteri boleh diringkaskan seperti berikut:

1. Mentaati suami dalam perkara kebaikan:

a. Rasulullah SAW telah memerintahkan hal tersebut: “Jika seorang wanita itu solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya, ia akan masuk syurga.”

b. Allah SWT juga berfirman: “Seorang lelaki itu adalah pemimpin kepada kaum wanita dengan kelebihan yang telah diberikan oleh Allah kepada sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan terhadap harta yang dinafkahkan oleh mereka.” Juga, “Dan bagi lelaki itu satu darjat atas kaum wanita.” Kepimpinan suami atas isterinya adalah kepimpinan berupa pemeliharaan, bukan kepimpinan pemerintahan. Si isteri diwajibkan untuk taat. Suami wajib menafkahinya mengikut yang makruf dan memerintahkannya dengan perkara yang membawa kepada mentaati Allah Ta’ala dan si suami tidak sekali-kali memiliki kuasa ke atasnya jika dia memerintahkannya untuk berbuat maksiat kepada Allah. Na’uzubillah.

c. Memelihara kemuliaannya serta perasaannya dengan menjaga matanya, telinganya dan perasaannya. Janganlah dia melihat pada isterinya, di rumah selain yang dapat menyukakannya dan tidak mendengar melainkan perkataan yang diredhai dan juga tidak menerima tetamu yang tidak disukai oleh suaminya.

d. Menjaga agamanya dan kehormatannya. Hal itu dilakukan dengan menjauhkan diri dari bertabarruj dan menayang dirinya kepada lelaki asing di dalam dan luar rumah. Seorang wanita tidak akan menunjukkan perhiasannya melainkan kepada suaminya. Wanita solehah adalah yang sentiasa beribadat kepada Allah, memastikan agar suaminya menerapkan Islam pada dirinya, keluarganya dan hidup dengan dakwah dan tingkahlaku Islam.

2. Melaksanakan pengurusan rumah tanggga menerusi:
a. Berkhidmat kepada suami dan menunaikan permintaannya yang berupa perkara maknawi dan materi.

b. Memerhatikan pandangan serta pendengaran suami agar sentiasa melihat rumah dalam keadaan bersih, teratur dan sebagainya

c. Menjaga harta suaminya dan memeliharanya meski apa jua jenisnya. Ia tidak boleh membelanjakan harta suaminya tanpa izinnya.

d. Berusaha untuk memperoleh keredhaannya dan memasukkan rasa gembira dalam hatinya. Jika dia pulang ke rumah, disambut dengan keadaan bersih dan berhias.

3. Mendidik dan membesarkan anak-anak:
a. Wanita hendaklah mendidik anak-anaknya dengan baik, iaitu sabar, lemah lembut dan belas kasihan. Janganlah dia memarahi anak-anaknya di hadapan suaminya. Jangan mendoakan keburukan terhadap mereka. Jangan mencela atau memukul mereka kerana sesungguhnya hal itu dapat menyakiti hatinya. Tambahan pula mendoakan keburukan terhadap anak-anak adalah satu perkara yang dilarang oleh Rasulullah SAW dalam sabda baginda: “Janganlah kamu doakan keburukan terhadap diri kamu, dan janganlah kamu doakan keburukan terhadap anak-anak kamu, janganlah kamu doakan keburukan terhadap harta kamu, kerana (tatkala kamu berdoa) mungkin tepat pada waktu mustajab, lantas Allah kabulkan doa kamu ( membuatkan kamu menyesal).” [HR Abu Dawud].

b. Hendaklah mendidik anak-anaknya mengenai bersuci, menjaga kebersihan, memelihara diri, berani, tidak bercakap kosong agar mereka tumbuh sebagai umat Islam, hidup dengan Islam dan untuk Islam. Allah akan memperbanyakkan kebaikan bagi mereka dalam masyarakat dan Rasulullah SAW membangga-banggakan mereka dan yang seperti mereka di akhirat kelak.

Kita simpulkan dari semua ini, bahawa kewajipan wanita sebagai manusia, isteri dan ibu adalah banyak dan rumit. Apatah lagi jika ditambah semua itu dengan tugasnya di luar rumah untuk tempoh masa yang panjang hingga lapan atau sembilan jam baru pulang ke rumah. Ia menantikan siapa yang akan melayannya, bukan dia yang melayan suami dan anak-anaknya! Terhasillah dari situ masalah-masalah rumahtangga, perkelahian dan pertengkaran disebabkan tekanan melampau dan keletihan yang dideritai oleh wanita. Jika Allah telah menyamakan ganjaran wanita yang memelihara rumahtangganya dan ahli keluarganya dengan ganjaran mujahid maka ini sesungguhnya menunjukkan tahap kepentingan tugas ini serta menunjukkan bahawa ia adalah tugas asasi yang disediakan untuk wanita.

Diriwayatkan bahawa Asma’ bint Yazid ibn as-Sakan r.a datang menemui Nabi SAW dan bertanya: “Wahai rasulullah, sesungguhnya aku jurucakap kaum wanita Islam. Mereka semua berkata dan berpendapat sepertiku. Sesungguhnya Allah Azzawajalla telah mengutusmu kepada kaum lelaki dan juga perempuan. Kami telah mempercayaimu dan mengikutimu. Dan bahawasanya kami ini, kaum wanita, terhad bilangan kami, sentiasa duduk di rumah. Dan bahawasanya kamu kaum lelaki , telah diberi kelebihan dengan solat Jumaat, dan menyaksikan jenazah. Apabila mereka keluar untuk berjihad, kamilah yang menjaga harta benda mereka dan memelihara anak-anak mereka. Tidakkah dapat kami berkongsi dengan mereka dalam pahala ini?” Sebaik sahaja jurucakap wanita ini habis dari pengaduannya, Rasulullah menoleh kepada para sahabatnya, seraya berkata kepada mereka: “Pernahkah kamu mendengar pembicaraan seorang wanita yang pandai mengemukakan masalah dalam agamanya daripada wanita ini?” Para sahabat menjawab serentak: “Kami tidak sangka ada seorang wanita yang dapat mengemukakan permasalahan seperti ini, wahai Rasulullah!” Rasulullah lalu menoleh kepada wanita itu seraya berkata: “Beredarlah wahai Asma’! Dan beritahulah kepada kaum wanita yang lain, bahawasanya penjagaan seorang wanita kepada suaminya, dengan mencari keredhaannya, dan membuat segala yang disukainya itu adalah menyamai semua itu.” Lalu beredarlah Asma’ sambil bertahlil dan bertakbir memberitahu khabar gembira mengenai pernyataan Rasulullah SAW kepadanya itu.”

Wanita bekerja adalah mubah:
Sesungguhnya kerja wanita dan keupayaannya merupakan soal individu yang saling berbeza antara wanita. Merupakan satu kesalahan untuk menjadikan keadaan ini umum kepada semua wanita. Terdapat wanita yang telah bercerai, mandul dan terdesak memerlukan duit dan perlu bekerja. Semua maklum bahawa terdapat penyelesaian kepada semua masalah ini. Wanita dalam Islam meski bagaimana kedudukannya ada orang yang akan memelihara dan menyaranya sama ada bapa, suami, adik-beradik lelaki, anak atau salah seorang dari anggota keluarganya, atau negara, jika tiada sesiapa yang boleh menyaranya. Jika dia ingin bekerja maka diperbolehkan. Kerana ia adalah mubah. Tidak disyaratkan sama ada ia memerlukan harta tetapi yang penting ialah kerja tersebut tidak bertentangan dengan tugas asalnya yang merupakan kefardhuan, iaitu mendidik anak-anaknya, memelihara mereka, menguruskan suaminya dan rumahtangganya.

Wanita sebagai pengatur rumahtangga, isteri dan ibu akan memperoleh ganjaran yang besar sama ada kerjanya di luar rumah itu untuk kepuasan dirinya, ia adalah mubah. Jika ia melakukannya, ia tidak memperoleh ganjaran melainkan jika untuk menolong orang lain atau mengemban dakwah. Jika dia meninggalkan semuanya itupun tidak akan dibalas dosa. Manakala jika dia memilih antara kefardhuan, iaitu menjadi ibu dan pengatur rumah tangga dan kerjanya di luar rumah semata-mata untuk memperoleh kepuasan diri dan memilih untuk bekerja dengan mengorbankan pemeliharaan keluarga dan anak-anaknya, ia akan mendapat dosa besar kerana hal itu!!

Kembali kepada syarak di mana ia menjadikan tugas memerintah kepada lelaki sahaja. Kita juga dapati ia menjadikan pemeliharaan anak kepada wanita sahaja. Oleh itu hendaklah kerja-kerja yang berkaitan dengan wanita sebagai wanita diwakilkan kepada wanita dan kerja-kerja yang berkaitan dengan lelaki sebagai lelaki diberikan kepada lelaki.

Dari sini kita dapati bahawa syarak membolehkan wanita melakukan semua kerja yang bersesuaian dengan tabiat kewanitaannya selain kerja-kerja yang berkaitan dengan pemerintahan dan kekuasaan. Mereka dibolehkan untuk menjadi pegawai, jururawat, doktor, jurutera, peguam dan dibolehkan untuk melakukan urusniaga dan jual beli dan melakukan akad, dan penghakiman, memiliki semua jenis pemilikan dan mengembangkan hartanya, melaksanakan urusan hidupnya sendiri, menjadi rakan kongsi, penyewa dan menyewakan kepada orang lain, urusan hartanah dan lain-lain dan menjalankan semua muamalat. Tetapi semua itu di dalam syarat-syarat tertentu yang akan kita sebutkan nanti.

Masyarakat kita sangat memerlukan kaum wanita yang melakukan tugas-tugas yang lebih utama dilakukan oleh wanita dan kadang-kadang kerja ini menjadi fardhu kifayah untuknya. Umpamanya kita memerlukan para jururawat, doktor dan itu lebih utama dari aurat kaum wanita dan anak-anak perempuan kita tersingkap di hadapan lelaki asing. Kadang-kadang guru pelajar perempuan, khususnya jika tugasnya dalam pengajaran menyumbang kepada penanaman konsep-konsep yang betul. Terdapat pelajar-pelajar muslim yang miskin dan jahil yang tidak dibesarkan dengan pemahaman-pemahaman Islam di rumah mereka maka, yang lebih utama kaum wanita ini tidak dibiarkan mengemban pemikiran kebebasan, demokrasi dan mengajar fesyen dan gaya moden. Jika wanita Islam mampu melaksanakan tugas-tugas tersebut di samping tugasnya di dalam rumah, ia akan memperoleh ganjaran yang besar.

Justeru, kerja wanita adalah aspek individu yang berbeza dari satu keadaan kepada keadaan yang lain dan dari satu situasi seorang wanita kepada situasi yang lain. Yang penting di sini, hukum syarak (seruan pembuat hukum (Allah) yang berkaitan dengan perbuatan hamba) dan as-Syari’ menyatakan bahawa tugasnya di luar rumah adalah mubah tetapi berdasarkan syarat-syarat tertentu.

Syarat-syarat wanita bekerja di luar rumah:
Benar bahawa syarak membolehkan wanita bekerja dan membolehkan ia keluar ke pasar-pasar untuk menunaikan keperluannya, tetapi ia mensyaratkan kepadanya beberapa perkara sebelum ia keluar yang secara ringkasnya:

1. Menundukkan pandangan dan tidak bercampur gaul tanpa keperluan kerja, menjauhkan tempat-tempat syubhat dan berhati-hati dari semua itu: Ia merupakan perkara yanga amat susah. Dalam ketiadaan daulah Islam yang mana kita dapati bahawa pejabat-pejabat dalam syarikat-syarikat mewajibkan adanya para pekerja dalam satu bilik lebih dari sembilan jam secara berterusan yang memberi kebebasan untuk memandang dan berbincang di luar urusan kerja. Lebih utama adalah memisahkan tempat-tempat wanita dan lelaki di dalam syarikat itu sendiri dan hubungan antara keduanya dilakukan betul-betul pada ketika tugas mereka memerlukan hal tersebut.

2. Menjaga kesopanan wanita dengan memakai pakaian syarak yang sempurna dalam kehidupan umum. Tidak ragu lagi kerana wanita keluar dalam keadaan sopan dan serius akan menghalang pandangan mereka yang ada keraguan dalam hatinya, iaitu orang yang tidak takut kepada Allah.

3. Mencegah dari berkhalwat. Khalwat adalah apabila seorang wanita dan seorang lelaki berada di suatu tempat yang tidak membolehkan seorang yang lain untuk masuk tanpa izin keduanya. Contohnya seorang pengurus mengadakan mesyuarat dengan seorang pegawainya dengan menutup pintu biliknya serta meminta agar mereka tidak diganggu oleh sesiapa. Yang dituntut adalah mesyuarat diadakan di dalam bilik tetapi pintunya dibiarkan terbuka hingga sesiapa yang lalu di hadapan bilik dapat melihat mereka.

4. Menghalang wanita dari melakukan sebarang kerja yang membahayakan akhlaknya atau merosakkan masyarakat. Maka wanita dilarang untuk bekerja dalam pekerjaan yang bermaksud untuk mengeksploitasi kewanitaannya seperti bertugas dalam pasaraya bagi tujuan menarik pelanggan, di kedutaan yang bertujuan menggunakan kewanitaannya untuk memperoleh tujuan politik, pramugari kapal terbang untuk menarik pelanggan, setiausaha yang berpenampilan menarik agar mereka dapat berlaku lembut dengan pelanggan, tetamu dan malah pengurusnya juga!

5. Menghalang wanita melakukan sebarang kerja yang haram seperti bekerja di bank-bank dan syarikat-syarikat kapitalis dan syarikat bursa saham serta tempat-tempat menjual arak dan daging khinzir.

Hal ini mengingatkan kita bahawa masyarakat hari ini memandang wanita terhad kepada materi, jasad dan kepentingan semata. Bentuk tubuh si gadis merupakan faktor penting, bahkan menjadi syarat asas untuk diterima bekerja. Begitu juga, sistem sekarang ini tidak menjamin hak-hak ibu dalam hal melahirkan anak, menyusu dan menjaga mereka. Biasanya mereka diberikan cuti empat puluh hari sahaja untuk menguruskan hal bayinya itu! Banyak syarikat lain sebenarnya membuang pekerja wanita yang hamil dan ada juga yang langsung tidak mengambil pekerja wanita! Oleh yang demikian menjadi bertambah sukar bagi wanita untuk mencari kerja dengan mengambil kira tanggungjawab-tanggungjawabnya yang lain.

Sistem yang zalim ini serta situasi yang rosak ini menyusahkan urusan-urusan kaum wanita. Kewujudan kita dalam masyarakat yang tidak menjaga perkara-perkara yang haram dan tidak komited dengan pengaturan hubungan antara lelaki dan wanita agar bersesuaian dengan ajaran-ajaran agama kita yang suci, menyukarkan lagi kerja wanita dan menuntut kesabaran dan kecekalan yang lebih. Hal itu menyebabkan ramai pemudi lebih suka tinggal di rumah (hingga tidak berkahwin pun) daripada bekerja dan berhadapan dengan gangguan dan provokasi setiap hari. Sedangkan diketahui bahawa ramai wanita yang berkesanggupan untuk menyesuaikan kedua-dua hal tersebut meskipun hal itu menuntutnya agar mengerahkan usaha dengan lebih besar dan berkali ganda.

Di akhir kajian ini kita dapat simpulkan: bahawa asal permasalahan sekitar wanita bekerja adalah kerosakan yang berlaku dalam masyarakat kita disebabkan kefahaman yang rosak yang tersebar dan bercokol dalam pemikiran kita. Hal itu merupakan natijah dari tidak diterapkannya hukum-hukum Allah. Oleh itu hendaklah kita letakkan keutamaan kita untuk menghilangkan kerosakan ini dan bekerja untuk mengubahnya melalui perubahan konsep-konsep mengenai kaum wanita dalam masyarakat kita dan meminta semua orang untuk mengembalikan pemerintahan sesuai dengan apa yang diturunkan oleh Allah supaya keadilan kembali dan ketenangan, kebahagiaan dan kegembiraan meliputi ahli keluarga kita. Kesengsaraan wanita tidak terletak pada isu dia bekerja di luar rumah semata, dan ini berbeza antara seorang wanita dengan yang lain. Penderitaan sebenarnya terletak pada realiti rosak yang masih kekal dalam keadaan rosaknya. Penderitaan sebenarnya dan penderitaan semua manusia adalah kerana Islam tidak dijadikan roda yang kehidupan itu dapat disesuaikan dengannya.

Kepada saudari yang bekerja:
Di akhir kajian saya ini, keadaan saya telah menjadi stabil dan tenang serta lega hati saya kerana saya melakukan peranan sebenar saya pada hari ini, iaitu asas Allah menciptakan saya sebagai wanita. Saya tidak perlu untuk bekerja di luar rumah untuk merealisasikan kepuasan diri dan membuktikan kecerdikan saya. Pada hari ini wahai saudari-saudari saya ada di rumah, memberi pelukan hangat, tangan yang mesra terhadap suami, anak-anak, ahli keluarga dan mahram-mahram saya. Dan inilah peranan yang besar dan penting berlawanan dengan sangkaan-sangkaan yang dilemparkan oleh musuh Islam kepada kita.

Pesanan
buat saudariku yang bekerja:
Sekiranya saudari tidak terdesak untuk bekerja, dan jika saudari mempunyai rumah, suami dan anak-anak, mereka lebih memerlukan saudari dari sebarang kerja lain. Mereka lebih penting kepada saudari dari harta maka tinggallah dengan mereka, wahai kaumku untuk mengurus dan mendidik mereka. Peliharalah rumah saudari, suami dan anak-anak saudari serta sediakan buat mereka kehidupan yang tenang dan penuh kasih sayang. Rumah saudari lebih utama buatmu saudariku.

Seterusnya serahkan diri saudari untuk bekerja di jalan Allah dan menegakkan kalimah-Nya. Allah adalah yang lebih penting dan lebih manis dari sebarang kerja lain yang saudari telah lakukan. Umat memerlukan saudari. Kaum wanita lain yang dizalimi, yang ditindas dan sesat memerlukan saudari. Kewajipan kitalah kaum wanita seperti kaum lelaki untuk bekerja bersama mereka untuk melakukan perubahan supaya kita mendapat keredhaan Allah dan kemuliaan di dunia dan syurga yang kekal di akhirat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved FarsyaShamsudin