Wednesday, June 20, 2012

Nuffnang?

Assalamualaikum rakan2 blogger.
entry kali ni psl nuffnang. nuffnang mmg femes dikalangan bloggers. sapa tk tau / mengenali psl nuffnang ni kan. semua pn cukup familiar dgn nuffnang.

tp, korg pelik tk i je mcm tk reti psl nuffnang. bloggers yg lain semua dh earn duit dr nuffnang. dan mcm2 lg dorg dpt dr nuffnang. i br berjinak-jinak dgn nuffnang ni.

dh sekian lama i buat blog, tp, i br tau psl nuffnang ni. sesiapa yg tau, blh bgtau i tk mcm mn nk earn duit dr nuffnang? sumpah i tk reti. apa kelebihan nuffnang selain drpd blh buat duit? nuffnang oh nuffnang. cane la nk guna kau kann.

somebody pls help me !!!

Saturday, June 16, 2012

Namaku Qiqi.

Assalamualaikum dan selamat malam semua.
Qiqi ni sapa? tiba buat entry utk Qiqi. Qiqi ni kucing i. igt tk dlu i ada buat entry psl shopping barang kucing i tu. tp, dlm entry post tu i letak nama Nelly. oleh kerana Nelly ssh nk sebut, tukar kepada nama Qiqi. senang disebut. itu pn tershashul-shashul jgk nk menyebutnya. HIHI

Pada hari pertama i amik Qiqi dkt rumah cousin i yg dikenali sbg K.Ya, mlm tu Qiqi menangis je. maybe dia tk slesa sb tk blh tido kot. yela. dkt Putrajaya biasanya ibu dan kakak2nya ada utk menemani Qiqi bermain dan tido. dkt rmh i gombak mn ada kwn dia nk main.

dkt gombak Qiqi main semua dgn manusia. HIHI 
Setelah 3hr duduk dkt rmh i. Qiqi jd biasa dgn tmpt tidonya. tkde menangis dh. ibu i letak dkt tmpt dia pn, tkde menangis dh. Qiqi sgtlah manje. mn tk manje, keluarga i layan dia mcm baby manusia tau. disebabkan Qiqi seekor, riuh 1rumah. tkde Qiqi, mau sunyi rumah ni.

mn ada manusia, situlah Qiqi duduk. suka sangat menyelit. skrg perut Qiqi comel jer. sb apa? Qiqi makan tk tntu masa. suakan muka Qiqi dkt tmpt mkn, mknla dia. tkde masa. makan je kje dia. lps tu tido. tp, wktu ptg mmg masa utk Qiqi main. HIHI jam 7ptg / 8mlm masa Qiqi utk tido. 

nk tgk Qiqi? ni la gmbrnya. HIHI kje tido je aww :D

Monday, June 11, 2012

Sonoknya main metap metap :D

Assalamualaikum :D
malam ni i nk cite psl i makin makeup makeup. muka sapakah jd mangda? muka cousin i sndiri. best wohhh! mukanya sgt licin dan lembap. senang ni makeup. jerawat tu normal la kan. dgn makeup, blh tutup tu semua. apa nk dirisaukan kan??


ni lah muka cousie i sblm di makeup. jeng jeng jeng! nantikan penampilan yg i ubah dia. HIHI


taraaaaaa! menarikkan? korg tknk puji? aku puji sndiri. HAHA apa susah kann :p i panggil cousie i kak Yang sahaja. nama penuhnya tk perlulah tau yerr. dia cousie i pgl i utk makeup kan dia dihari istimewanya. sebetulnya i tk brape reti pn makeup. tk tau bila makeup org, hasilnya BOLEH TAHAN la. tkpe la. i amator lg. HIHI

btw cousie, tahniah ye. loveya!

Friday, June 8, 2012

Buruk ke Lawa?

Assalamualaikum ;)
buruk ke lawa? apakah itu? haaa! slalunya org nk lawa melalui makeup dan juga supliment yg diambil oleh mereka pd tiap2 bulan. pd i, luaran hnyalah basic makeup. sb i jenis tk suka makeup tebal2. why ek? sb nmpk mcm fake gilerss. oleh kerana makeup tk tebal la nmpk eyebag segala. tp, kali ni i nk tnjukkan kuasa PHOTOSHOP. 

kali ni i kluar tk pkai apa2. melainkan compact powder pixy dan juga eyeliner elegance from chamelon. knp plh elegance? sb eyeliner nya sgt best! pekat dan padat. cewahhh! i akan tnjuk kan muka sebelum edit dan selepas edit ;)


ni rupa innocent i sblm diedit. tk pkai apa pun. cuma compact powder pixy jer ;) buruks kan klau tk edit? HIHI


ohmy gorgeous! cntik gilak kan? tk makeup pn blh jd makeup. fuyoo! canggihla photoshop ni. ilovephotoshop! dr makeup tebal2, baik i edit je gmbr. klau makeup tebal nt, org semua tgk. sb makeup tebal sgt pn kaum adam tk brape suka. 
okaylah semua. smp sini saja :D

Wednesday, June 6, 2012

Baguskah??

Assalamualaikum ;)
haaa! ni apa kes i update entry tgh2 pagi ni? buang tabiat ke? eh tidaklahh. sekadar mengisi masa lapang. dan nk mencerita satu yg kisah agak geram di pagi2 buta sebegini. brrr! blh kne darah tinggi klau hari2 mcm ni ohhh :3

kejadiannya begini. semalam pagi i saje la kcau2 kwn i. bkn seorg. tp rmai. semua kwn2 i, i kcau. tp, malangnya. semua dh tido. mcm mn nk kcau? then salah seorg dr kwn i ni kje arkitek disebuah syarikat apa ntah dan memegang jawatan sbg Construction project manager. kira dgn umur beliau, jawatan yg disandang tu dh kira bgsla. kira gaji pn ada tinggi juga.

dgn kejayaan beliau, mmg asik bertukar kereta la cite dia. kereta mitsubishi lancer yg dahulu dh eksiden. nw pkai bmw apa ntah. tk amik port. konon dgn kejayaan beliau, beliau blh sikap bongkaks dgn kwn sndiri? mmg tk dinafikan rmai girl yg hot2 mahu mendampingi beliau. rupa ala2 chinese skit. putih gebu gitu. mmg style la. dlu kami rapat tau. mmg kwn yg rapat. n i tau kwn i ni jenis playboy. umur beliau thn ni mencecah 26thn tk silap. mmg perempuan keliling pinggang la citenya.

i tk ksh pn kwn i cane. tu hal dia. yg i bengang sgt, dgn salam tk beri. dia IM i dkt fb trus tnya knp cr dia dgn ayat yg agak biadap la jgk. crite pnya crite, last word from him 'klau mls buzz dkt my wall, lupakn je k'. i dh mcm defug dia ni. sejak bila blagak mcm tu tk tau. lps dh kne ayat mcm tu. i pn apa lg. mls la nk ada kwn mcm tu. wasted my time hokay! arghh! nyampah gila la.

disini sy ingin memperingati sesama kita sndiri, sebagus mana pn kerjaya yg kita ada, jgn sesekali kita pndang rndah terhadap org lain. jgn sesekali kita megah dgn apa yg kita ada. igt, Tuhan sentiasa memerhatikan kita. tk esok, akan dtg cash diberi oleh-Nya. mungkin Tuhan tkkn tarik semuanya. atau mungkin Tuhan tnjuk dgn cara lain? kita tk tau. selamat beramal semua. loveyaall ;)

Monday, June 4, 2012

Kesetiaan ;)



Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita?

Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih.


Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia.

Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…

Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redhalah…

Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…

Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…

Pilihan adalah di tangan anda…Jadilah baik untuk dapat yang terbaik!

Saturday, June 2, 2012

Berdenyut tnpa henti :'((

Assalamualaikum ;)
berdenyut tnpa henti2? apakah itu? oh tdk! itu tapak kaki i. dh smgu letak ubat dkt ketuat yg terletak di tapak kaki. tp, semakin hr, semakin bsr wohh. dan semakin lama, semakin berdenyut tnpa henti. itu sgt menyakitkan.

tgklah. sgt menyakitkan. nmpk teruk cani sb bubuh mnyak gamat n tepi2 letak krim anti bengkak. sb tk tahan denyut letak ubat ketuat dh. sgt skt wohhh. lps tu td ibu ajak pg klinik. klinik area gmbk prima. mmg terbaik la. igtkan doc tgk saje. ni kne usik dan doc tekan2. alahai -,- trus doc suh pg bilik treatment.

sblm tu lg i dh nebes. sb cnfrm kne korek. skali btl. kne korek mmg pedih dan sakit. bila doc usik area putih2 bahagian tepi tu, ngilu wohhh :3

ni rupa slps dicuci. huhooo! berdenyut tkyh ckp. tahan jela sakit. doc je tau keadaan i menggigil cane time doc korek. sb doc pegang kaki sy :/

ni la ubat2 i. plaster tu bli dkt farmasi. utk comfortkan tapak kaki. takut infection blk. doc dh sahkan kaki i infection. ptg td dlm baring smbl berwhatsapp, i tertido. i tido dlm keadaan pntu blk terbuka. ibu tk kcau pn. gentle jer. lps tu mlm berdenyut balik. makan ubat, tk lama lps tu trus tk skt dh. huwaaa! ni tgu masa effect ubat hbsla. sakit balik la jpg ni. HUHU night everyone ;)

Friday, June 1, 2012

Cool blog & salam takziah buat k.Erny sekeluarga.

Assalamualaikum dan selamat pagi semuanya.
entry kali ni i nk cite psl cappucino pearl ice blend . cedap cedap! kita suka sgt menatang ni. ckp je dkt akk, tringin minum ni. then akk suh dtg tmpt kje beliau amik beliau dan prgi bli minuman diatas ni. akk pn dh berjangkit suka minum bnda ni. katanya pearlnya sedap.

Sempat amik gmbr dlm kreta je. sb hp akk hubby nya bwk pg pejabat. amik gmbr gne hp i ajelah. HIHI agak busyla today.

Malam pulak akk dikejutkan dgn berita mak mertua kwn kakak i meninggal. mak mertua beliau meninggal pd pkul 630ptg. i dgn akk pg pkul 8 dr rmh. then tgu kwn akk yg lain sb kamu tk tau rumah. jenazah tiba dirumah dlm pkul 1045. setibanya jenazah, bacaan Yassin trus berkumandang.

jenazah dr hsptl selayang dibawa pulang ke tmn bkt cheras. menitis air mata i melihat jenazah tersebut. moga rohnya ditempatkan dikalangan org yg beriman. Amin. kpd org yg buat sehinggakan arwah prgi utk selamanya, harap2 anda insaf lahh. arwah tiada sakit tua dan sakit dalaman. doktor dh sah kan. dan doktor menyatakan bhw berubat secara tradisional.

setelah berubat secara tradisional, seorang ustaz memberitahu bahawa arwah terkene buatan org. dan org yg buat adalah org disekitar rmh beliau. kata ustaz 'Jiran'. ustaz tk mention sapa nama org yg menghantar. mayat arwah kulitnya berwarna kuning. SubhanAllah ! terkaku ku dipinggir tangga melihat jenazah tersebut. tanpa disedari, airmataku membasahi pp.

Ya Allah Ya Tuhanku, kau ampunilah org yg berbuat demikian terhadap arwah. seketikanya aku melihat jenazah, aku membayangkan 1hr nt aku terbaring disitu, hatiku dibelenggu prasaan hiba dan hatiku merintis bila mengenangkan perkara itu. adakah bila tiba masaku, rakan2 taulanku akan menziarahi aku seperti mana aku menziarahi org2 lain? adakah aku akan dikelilingi dgn rakan taulan dan sedekahkan ku al-Fatihah seramai yg aku lihat td?

Ya Allah Ya Tuhanku, kau ampunilah segala dosaku. bahawasanya, aku hnyala insan yg lemah dan kerdil dimataMu Ya Allah. sahabat2 bloggers sekalian, moga kita amik iktibar di atas kejadian ini. arwah seorang yg pendiam. itulah manusia, apa salah arwah sehingga diperlakukan sebegitu? wrna kulit arwah berwrna kuning. i melihat jenazah depan mata, sgt menyentuh jiwa dan raga i. apakan daya, i hnya blh sedekahkan Al-Fatihah byk2 buat arwah. sesungguhnya diri ini dtg dgn keadaan kotor. sedekahkan Yassin pn tk blh :"(

buat k.Erny sekeluarga, tabahkan hati. yg pergi tetap pergi. kita yg masih hidup harus meneruskan kehidupan kita spt biasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved FarsyaShamsudin