Sunday, September 18, 2016

Dugaan Bertunang :)

Firstly, Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu :)
I rasa lama dah kot I tak mengarang di blog sendiri. Alhamdulillah, hari berkesempatan untuk mengarang di blog ini dengan nama yang baru. Wow! What a surprise?? Ikutkan I memang suka dengan nama yang lama. Tapi I tukar, kenapa? Biar I sendiri yang tahu. Kah !
Dahla baru nak start mengarang semula, buat topik #deep pula tu. Kenapa?? Inilah yang ingin diceritakan. Ehem ehem ! Ini umum dan pasangan yang ingin merancang untuk bertunang, for me, stop it. Because it will wasted your money, and time. And the longer you get engaged, more challenges you and your partner should face. Trust me! Let's read my blog first, and you will know why :D


"Bila dah bertunang, bila awak dah buat satu ikatan (perjanjian) dengan seseorang, tak kisahlah sama ada satu tika dulu, dia yang datang approach awak dulu, atau awak yang datang approach dia dulu, jangan mudah pandang atau jatuh hati pada orang lain. Pejam mata, fokuskan hati dan mata hanya pada satu insan sahaja"

Kami serentak menoleh.

"Apa maksud ustaz?" seorang dari kami bertanya.

"Dugaan bertunang ni lain. Tak sama kalau awak bercouple saja - saja tu. Dulu, kalau sekadar bercinta, dugaan dia tak besar mana. Balik - balik awak akan bergaduh berdua je. Gaduh - gaduh, esok lusa baik semula. Lepas tu jadi balik. Macam itulah. Tapi bila mana dah bertunang, dugaan dan ujian yang datang tu lain macam sikit. Kebiasaannya mesti melibatkan orang yang ketiga"
Kami terdiam.

"Perasan tak, dulu duduk sorang - sorang, tak ada orang nak kenal, sekarang ni duduk je dekat restoran ke mana - manalah, dan - dan macam drama dalam tv, tetiba je ada orang nak kenal lah. Masa nak bayar bil, tiba - tiba kena sapalah, ada orang senyum lah, masa tu lah, syaitan akan main peranan. Depa akan bisik.

"Perempuan ni lagi baik dari tunang kau"

"Kau tengok dia ni, sopan je, cantik pulak tu. Inikan perempuan yang kau cari"

"Masih ada masa lagi nak patah balik. Sekaranglah. Sure, tak akan menyesal"

"Cuba dulu, mana tahu berkenan. Kalau tak berkenan, tak ada masalah"

Ustaz tiba tiba berhenti. Kami masih menanti dengan penuh minat.
"Cekalkan hati kalian. Jangan mudah berpaling. Memang betul, orang yang awak semua akan nampak tu akan jauh lebih baik daripada apa yang awak ada ketika itu. Tapi bukan ke tugas seorang lelaki ni adalah memimpin. Memimpin isteri dan anak - anak menjadi lebih baik. Kalau mereka tak pakai tudung, ajarkan supaya mereka pandai. Kalau mereka tak tahu bab agama, ajarkan sampai mereka faham"

"Bukankah kita juga bermula dari kosong satu tika dulu, Jadi kenapa perlu mencari yang sudah sempurna, sedangkan kita masih punya harapan untuk mengubah sesuatu menjadi sempurna"

"Masa dah bertunang ni, buanglah segala perangai lama yang tak elok tu. Kita nak dirikan masjid. Sebelum kita melangkah masuk ke dalam masjid tu, kita kena pastikan diri kita ni bersih, suci. Kalau boleh tak ada pun sedikit titik hitam dalam hati. Barulah Allah redha"

Kami mengangguk perlahan.

"Apa pun, jangan suka sangat pegang hati awak erat - erat. Serahkanlah pada tuhan. Dia pegang, dia akan jaga hati awak baik - baik. Bukan kah dia yang menentukan soal jodoh, soal kematian, dan soal apa pun asbab terjadinya sesuatu dalam hidup awak. Serahkanlah pada dia. Dia tahu mana yang terbaik untuk awak, dan seluruh kehidupan awak. Suka seseorang tu jangan suka sangat. Boleh jadi kita rasa dia baik untuk kita, tapi sebenarnya belum tentu"
"Istikharahlah"

"Tuhan pasti akan beri yang terbaik untuk seluruh kehidupan awak"

Saya terdiam lama.
"Ya, inshaAllah. Moga Allah redha"


Sumber :
Syafiq Ridhwan.
Penulis tepian jalanan..



[6:08p.m]

Friday, April 22, 2016

Hikmah...

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Orang lain semua dah tido, tapi me belum tido. Kenapa? Saya terpanggil untuk mengarang blog pada waktu ini. Saya redha segala musibah yang terjadi ke atas diri saya. Itu namanya 'ada hikmah'. Rancangan yang terbaik adalah dari Allah. Bukan dari kita.

Saya cukup tak suka orang berkongsi masalah dengan orang lain. Saya rasa macam 'What?!'. Semua nak dikongsi kan. Sampaikan masalah cinta pun nak berkongsi. Apa kene orang jenis macam ni? If cerita dekat kawan, boleh diterima lagi. Itu pun kalau cerita not to details. Kalau dengan family? Itu akan menjadi punca orang benci dengan pasangan sendiri. Boleh diterima akal ke benda macam ni? Bagi saya, TIDAK sama sekali.

Dan saya juga tidak SUKA orang masuk campur hal masalah orang. Macam takde life kan? Lepas tu nak emo-emo lebih macam ayat tu dibagi dekat kau. Memang sangat-sangat sakit hati dan terasa hati kerana pasangan sendiri backup adik. Kalau korang, boleh terima ke? Yes, memang family first. Tapi, tak semua family kita buat betul. Kan kan?

Takpe, biarkan ia terjadi.Orang yang sama psycho je boleh hadapi masalah macam ni. Me? Tidak sama sekali. Ada tak pepatah 'orang tua kene bertegur siapa dengan orang muda terlebih dahulu'? Ada tak? Tak pernah dibuat orangkan. Tambahan pula si muda tu pun ada buat salah.

Dalam dunia ni tiada yang sempurna. Kita buat orang sekarang, kelak, orang buat kita. Ingat tu. Zaman sekarang Allah bayar cash. Tiada hutang. Tak cepat, lambat si muda akan terima balasan.

Kadang-kadang terfikir, kenapa Allah beri musibah kepada seseorang sakit tak pulih-pulih. Mungkin juga kesalahan lalu. Atau mungkin juga hati seseorang tidak bersih. Allah lebih mengetahui. Now saya terkene. Sebab? Sebab saya selalu di timpa musibah. Mungkin kesalahan saya yang dulu. Hmmm! Dosa yang lalu tidak terkata banyaknya ditambah dengan dosa yang baru.

Bila difikir tentang umur, saya berasa takut. Takut kerana ajal semakin dekat. Semakin meningkat usia, semakin takut dengan kematian. Ajal tidak mengenal usia.

'Ya Allah Ya Tuhan Ku, Kau ampuni lah dosa-dosa orang yang aku sayangi dan orang-orang yang menyayangi aku seikhlas hati mereka. Ameen!'

[1:40a.m]

Sunday, March 6, 2016

Jangan pernah menghina orang..

Assalamualaikum dan selamat malam. Wah! Memang dah lama taj mengarang ye dak? Tapi kali ni saya menulis dengan keadaan sedih. Kenapa? Sebab diri ini terasa dihina. Tak pernah lagi orang menghina saya sebegini. Allahu! Sebak betul dada ni bila digelar 'tidak bekerja'.

What???!!! Betul ke tak bekerja? Yeke? Saya bekerja. Tetapi dirumah. Kerja saya hanya buat marketing. Yela, kerja dengan kakak sendiri, so tak jadi masalah buat marketing dirumah. Memang ditugaskan sebegitu. Duduk depan laptop, hp, buat marketing cari customer. Itulah kerja saya. Fulltime depan lappy. Gaji pun kecil je. Serupa macam pencacai / bangla punya gaji. Gaji saya tak sampai 5k sebulan. 3k sebulan pun tak sampai. Cuba awak cakap macam tu dekat orang lain yang bergaji kecil dan kerjanya lebih kurang seperti saya. Apa perasaan beliau? Adakah beliau dengan bangganya mengaku 'kerja aku relax tak macam korang even gaji besar'. Sebelum ni saya pernah bekerja di stesen Petronas depan rumah sebagai 'pekerja awam'. Dengan kata lain, kerani, Tapi sebenarnya bukan fully kerani. Kene duduk cashier pada waktu pagi, then lepas balik rehat buat kerja dalam. Which means kerja kerani la. Accounting, check stock dan lain-lain. Setiap hari akan ulang rutin yang sama. Bukti saya pernah bekerja di Petronas depan rumah? Nah tengok gambar.

Jeng jeng! Ini nama dia Anarul Islam. Dekat Petronas, dia la kawan baik saya. Kitorang memang rapat dekat tempat kerja. Apa-apa memang saya akan mintak tolong dengan Anarul. Sebab dia tak pernah kata NO bila orang mintak tolong. Tak kira la siapa pun yang mintak tolong dia.

Nampak muka dia baik kan? YES! Dia memang baik. Susah betul nak tengok dia marah. Dia marah pun membebel sahaja. Itu pun dengan nada yang biasa macam dia bercakap dengan orang. Bila dia membebel, saya dah faham dah dia tengah marah. Ada sesiapa berkenan? Dia warga bangladesh. Cehh! Promote kawan sendiri pulak.

Ok, saya memang tak malu mengaku dia kawan saya. Ok what. Kawan dari overseas tu. HIHIHI Apa cite promote kawan sendiri pulak ni? Ok STOP pasal cite si bangla ni,

Berbalik kepada topik yang saya terasa hati sangat. Adakah saya masih digelar sebagai 'tidak bekerja'? Tidak mengapa. Saya anggap itu sebagai asam garam kehidupan. Yang Di Maha Adil tau macam mana perasaan ketika ini, detik ini. Biar bergaji kecil, biar dihina, saya takkan menyusahkan orang. Saya cukup dengan gaji pencacai ni. Kenapa? Sebab kereta ibu masih tanggung. Ini pun sementara. Tengah mencari kerja yang tetap untuk jaminan hari akan datang. Disamping itu, saya akan berbusiness secara kecil kecilan. Dan juga part time dengan akak. Wow! Kiri kanan income masuk. Tamak betul kan? HEHE Bukan senang nak jadi senang, dan bukan susah nak menjadi susah. Pengajarannya jangan pernah menghina orang yang bergaji kecil.

Akhir kata dari saya, sekian penulisan daripada saya, assalamualaikum w.b.t ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved FarsyaShamsudin