Saturday, February 18, 2012

Korea korea korea.


Assalamualaikum uols ;)
lama dh i tk update blog kan kan kan? kpd yg tk prasan tu, tk pelik la bg uols. tp, bg pembaca setia CFS, itu agak pelik knp i tk update blog dlm beberapa hr ni. uols apa khabar semuanya? sihat? i demam pulekk. blk Malaysia trus demam. dr dkt Korea lg demam. huhu! opsss! terbagi clue pulekk. so, uols dh th la kan knp i tk update blog ;)
family vacation uolss. Korea was so awesome. uols must go there and feel what im feel it. haigo! korang percaya tk penduduk di South Korea saje ada dlm 45million? mcm tk percaya kan? blm North Korea lg. Malaysia pn br ada 2million jmlah penduduk disini. pdanla rmh di Korea majoriti apartment. i dh pelik knp tkde rmh teres. sgt2 sesak jalan mereka. yg naik subway train pn rmai. train pnya la luas dan pjg. isk isk! eh eh! intro dh crite semuanya? lek luhhhh! ada gmbr nk dikongsikan bersama.


ehem ehem! ni gmbr setibanya di LCCT Airport. sementara menunggu masa utk masuk, lepak minum2 dulu lah kann cite dia. time ni mmg tk tenang la i dduk lepak minum. sb i P hari kedua. alahaiii ! mmg spoiled my mood lah kann :3


hehe! menunggu di dalam. tgu smp la flight D0507 dipanggil utk masuk ;)


okay! selesai minum semua, dah bersedia utk berlepas ke Korea. ouchh! time tu prasaan sgtlah excited. sb nk prgi tgk negara org kann. tmbh i fanatic Korea. lg la excited kan. ni la muka excited i utk ke Korea. HAHA


ni meal i ketika dlm kapal terbang. nasi lemak Pak Nasir. dlm keadaan lapa, sedap tk sedap, makan jerr. lps mkn, apa lg. cr toilet la kan. sb dh minum air. ddk dlm kapal terbang dhla 6jam. mau lenguh punggung ni haaa.


haaa! tu dia setibanya kami di Incheon International Airport. bykkan beg? msti la byk. yg prgi pn rmai. dlm 15org. semuanya ppuan. kecuali seorg saje lelaki. nk th sapa? nt kan gmbr seterusnya ;)


gmbr seterusnya akan diupload sekali gus. sorry la. i short memory skit. so, tk blh cerita dgn detail. huhu! tp, setibanya kami di Korea, first2 igt mmg tk sejuk sgt. skali, kluar dr airport, mmg tbaik la cite dia. menggigil2 la cite dia kan. time nk letak bagasi dlm perut bas, i bukak baggage i dlu utk amik coat n snowcap before bergerak ke Nami Island. Nami Island mmg superb comel. rmai couple jer prgi situ. so sweet kot tmpt dia. pdanla Winter Sonata shoot dkt situ. mmg kne dgn temanya.


Selepas prgi ke Nami Island, kami makan2 ni mana ntah. i tk th nama tmpt. tp, i makan Ramyun. wohoo! i pnya kumpunan dr i dgn Ash lg. tk sangka dpt jgk lps kumpunan. Ramyun bhs Korea. klau dkt Malaysia, Maggi la. tp, berbeza dgn kita pnya. Maggi kita biasa. Ramyun dorg ada mcm2. tp, mmg sedap. mmg nikmat makan dlm periuk. yummy!


selesai makan Ramyun, kami ke destinasi seterusnya. ke mana yer? dkt kwsn Nami Island jgk. dh sejuk2, perut pn mula la nyanyi ala dongdang sayang. apa lagi. sapedek dulu lah kann. nk th mkn apa? mkn Kimchi dgn Nasi Kepal. wohooo! mmg sedap la. tp, klau org tk biasa, mmg tk lalu makan tgk mknn dorg. pdanla org Korea sihat2 belaka, mereka hnya makan sayur, dan berjalan kaki setiap hari. klau sapa nk kurus, blhla ddk Korea selama sebulan :D


setelah perut semua memboyot, kami ke destinasi berikutnya. ke mana pulak la Mr. Steven Ko nk bwk yer. mcm biasa, nama tmpt tk th. tp, belajar buat Kimchi dan kemudian amik gmbr memakai bj tradisional org2 Korea. tmpt belajar buat Kimchi n amik gmbr memakai bj tradisional org Korea adalah 1tmpt. tu yg skali jer prgi. hikhik! paling best lps amik gmbr tu, org yg jaga situ pgl Faris Naufal 'Handsome Boy'. slang dia lain gila kot dgr. klaka + kne dgn suara garau aunty tuhhh. comel jer slang aunty tuhh.


lps pnt bergambar, kami singgah di tmpt yg sgt relax. mmg tmpt tu utk tenangkan fkrn. mcm taman laaa. tkde dlm package pn. tp, Mr. Steven bwk kami kerana kami kelihatan letih sekali. smp ttdo semua org dlm bas tuh. bwk ke tmpt tu dan menikmati kopi di kdai Natuur Coffee. i tk minum pn. sb i tk suka kopi. i dgn Arra prgi tmn dkt blkg kdai tuhh. apa lg, kata GIGAM kan. snap jela kje kami :D


selesai semua segar, kami ke Crown Hotel utk check in dan tido. huwaaa! sgt sgt letih yer uols. jadual mmg pack hbs. lgpn, dr satu tmpt ke satu tmpt amik masa yg sgt lama. lbh kurang 1jam or 2jam nk ke tmpt yg menarik. tu yg sempat tido dlm bas. i yg tk reti letih pn blh ttdo. tmbh lg org yg reti letih. LOL ! eh eh! lupa plak. sblm blk hotel, kami singgah makan di Taj Palace. satu2 nya restoran india yg halal. mknnnya sgt sedap! tp, mahal wooo! makan simple jer. ayam tandori, dal, n mcm thousand island tu. tp, total semua rm600 duit Malaysia. haigo!


pada hari kedua i di Korea, seawal 9a.m Mr. Steven amik kami di hotel utk prgi ke tmpt yg ingin dituju. tmpt yg ingin dituju adalah Namsan Cable Car. tmpt ni mmg semua org pn th la. itu pn klau org tu fanatic dgn drama Korea. Namsan Cable Car ni tmpt BOF blakon. Lee Min Ho tulis nama nya dgn aweknya dlm Cable Car tuhhh. sorry, i lupa nama heroin dlm crite tuhhh. HUHU! mmg i lama la ddk situ. sb naik N Seoul Tower. N for Namsan. tgk apa yg patut dlm tuhh. mmg cntik dlm lif N Seoul Tower tuhh. tk bosan la klau naik lif sementara nk smp ke N Seoul Tower. selepas belek-membelek apa yg ada dkt atas tuhh, kami turun semula ke bwh. semua sibuk bli souvenior dkt N Seoul Tower Souvenior Shop. i sibuk bergmbr dkt tmpt padlock byk2 tuh. dlm crite apa i tk igt. tp, tmpt tu mmg i nk sgt prgi. i wish i can come back another year with my husband n put couples padlock at N Seoul Tower. seriously byk gila padlock couples. smp berkarat pn ada. pnya i gembira sb akhirnya dpt jgk bgmbr dkt tmpt tuhh. mmg i idam2 kan kot. i amik guna polaroid camera pn ada. sb nk buat kenangan ;)


kemudian kami ke tmpt apa ntah nama. ala2 tmn tau. tp, tk th apa dia. tp, area dongdaemun tk silap. igtkn turun nk shopping. rupanya lepak situ sementara nk tgu Nanta Show. Nanta Show tu berkaitan dgn kitchen la. tp, serious klakar. HAHA! ibu i slalu cpt bosan n akan tido. tp, dlm teater tuh, ibu i tk tdo langsung. sb klakar sgt. wlpn tk fhm bhs mereka, tp, fhm jalan crite dgn gaya2 mereka jer. show ni sgt kreatif. alat muzik mereka menggunakan barang2 terpakai jer. contoh mcm periuk, tong air, n mcm2 lg. klau uols dtg ke Korea, try la tgk Nanta Show. tk menyesal dan tk rugi la buang duit.


selesai show tu, kami ke dongdaemun utk shopping. haaa! itu permulaan shopping yer. Mr. Steven bwk kami ke kdai It's Skin. tax free wooo! mmg shopping barang makeup sakan la kan cite dia. i suka melaram plakk :D


setelah semua suka bershopping. kami pulang ke hotel. pd mlm tu mmg i, ibu, n Arra berancang nk ke dongdaemun blk utk shopping apa yg ptt. sb ptg tu tk smpt pusing kerana ada sesetengah org plh handbag terlampau lah lama. smp tk sempat. so, kami bertiga dgn senyap2 nya prgi tnpa memberitahu yg lain. kerana tkt mereka kecil hati sekiranya prgi tnpa mengajak. i mmg suka style jalan tk suka rmai2. sebilik 3org, mmg ngam lah kann. kami tnya counter hotel mcm mn nk ke dongdaemun. dan kami jalan2, skali sesat. then terjmpe subway train mereka. alhamdulillah, akhirnya jmpe subway train mereka. pengalaman tk dpt dilupakan. maklum lah, first time naik train mereka. iktkan dr stesen kami nk ke dongdaemun 2stesen je. tp, kami mengundur ke blkg pulekk. tnya org kje train, kami salah tmpt. dan kne kedepan dan tempuh 5stesen. bayangkan lah. jauh tk jauh kamu mengundur ke blkg. HAHA! nasib kami mmg baik kerana ada je org membantu utk tnjuk ke dongdaemun market. mmg sgt kebetulan. ada yg bhenti dan tgk kami dr blkg. igtkn nk ragut ke apa. rupanya nk tego nk ke mn. cuma tk reti ckp english je. dh smp, apa lg, jalan2 tgk apa yg nk dibeli. dpt apa yg nk dibeli, apa lg, kami kebekuan disana yer. kaki smp naik kebas. dan kejar masa sblm pkul 12 jgk. sb train tutup pkul 12. dongdaemun market ni mcm uptown kt tmpt kita la. cuma, dorg 1tmpt jer. tp, bsr teramat sgt. dh pnt, kami bjalan laju utk menuju ke train dan blk ke hotel. alhamdulillah, smp dan trus tido. sb esknya nk kne bgn awal utk breakfast cafe hotel. huhu!


pd hr ketiga selepas breakfast, kami ke istana museum mereka. sgtla luas dan klasik. air yg ada dkt tasik istana tu beku yer. air longkang yg kecil tu pn beku. haigo! bayangkan lah sejuk tk sejuk. setelah jalan 1istana. kluar utk tgu bas kami dan sempat jgk i bergmbr dgn police Korea. auwwww! polis dia pn hensem2. haizz -.-
mmg i cuci mata la dkt situ. ibu i pn cuci mata. aummm! bas pn dh smp, kami ke 1kdai korea. nama apa tk th. tp, utk mkn tgh hr. menu lunch kami pd hr ketiga ada seafood. tomyam org korea buat mmg sedap. rs mcm ddk dkt thailand pn ada. tp, yg buat i tk lalu sb dia letak tauhu taufufa tu. i tk suka tauhu. mmg i hirup kuah dan makan isi jer. telur paling cpt hbs. sb mnt :D
nasi dia ala2 pulut hitam tuh. ada biji2 hitam. tp, sedap bila dimakan dgn tomyam tu. superb lah kann. dh selesai makan, kami ke Amethyst factory. aumm! ibu tk th nk prgi situ, klau th, bwk duit RM byk kot. sb batu2 Amethyst cntik sgt. dan hrga pn WOW lah kann. i dpt 1cincin Amethyst. comel je i pnya. mmg klau pencuri nmpk pn tkkn ragut. sb bkn emas kuning, tp, emas putih cmpur batu Amethyst. setelah shopping dkt Amethyst factory, kami ke nandaemun. nandaemun ada apa? ada barang lah. luas, murah, dan mcm2 plhn ada. utk nandaemun, tkde apa nk diceritakan selain shopping lah kan. tamat report utk hr ketiga.


pd hr keempat, kami breakfast dlm blk kerana tk sempat utk menunggu breakfast di hotel. flight kami pd pkul 845a.m. mn sempat nk breakfast kt bwh. cafe hotel bukak pkul 7a.m. kami check-out pkul 530a.m. mmg gelap gelita lg. subuh hr kami dh gerak. huhu! mata pn ada sedikit mengantuk. sb makan ubat selsema dan panadol tkt demam. hikhik! smp Incheon International Airport, i online skjp, dan trus menunggu didalam. tamatlah laporan i di Korea.


Korea trip it was superb awesome. uols must try go there. i jatuh cinta dgn negara diorg. sb terlalu bersih dan tk tkt utk kluar mlm ikut jalan blkg ;)
seperti yg dijanji kan. gmbr yg hendak dikongsi bersama.





















cya next entry guys :*

Sunday, February 12, 2012

10 tips bagaimana nk jd pasangan yg baik.

Assalamualaikum peeps ;)
sebelum I berangkat ke Korea mlm ni, I nk update 1 blog before prgi. hehe! flight pkul 11mlm, tp, 5lbh dh bertolak dr rmh. sb my abh hntr I dgn ibu ke KL sentral je. kami naik klia express. doakan kami selamat prgi, selamat pulang yerr ;)
okay. lupakan psl tuh. setiap manusia dimuka bumi ini mendambakan utk menjadi pasangan yg terbaik buat pasangan anda. moga info yg I dpt, dpt memberi sedikit impak kpd anda semua.


1) Terima seadanya
Jangan cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan anda. Ingat, pasangan yang anda kahwini atau cintai itu adalah pilihan anda sendiri. Jangan terlalu dambakan kesempurnaan. Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan kekurangan dan keburukannya.


2) Berkomunikasi secara terbuka
Jangan selalu membuat andaian mengenai perasaan pasangan anda. Adalah lebih baik mengajak pasangan untuk berbincang secara terbuka mengenai segala hal. Belajar untuk mengekspresi perasaan dengan cara terbaik supaya pasangan memahami anda ketika anda marah, terluka, tersinggung atau gembira. Ucaplah kata sayang sekerap yang mungkin walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan. Tetapi itulah yang mahu didengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.


3) Aktiviti bersama
Aktiviti bersama mampu merapatkan perhubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Misalnya, menonton video di rumah atau menonton wayang seperti waktu bercinta dahulu. Anda perlu berhati-hati jika anda lebih gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan anda. Ini kerana itu adalah petanda yang tidak baik.


4) Tunjukkan cinta anda
Setelah berumah tangga, ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai perihal hati pasangan. Ramai yang berkata ‘sudah kahwin untuk apa romantik lagi’. Itu adalah tanggapan yang salah. Rasa cinta dan sayang tidak ada salahnya jika diluahkan dengan sejambak bunga buat isteri atau makan malam romantis untuk suami. Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah sesuatu yang mampu mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.


5) Kawal perasaan
Apabila marah atau ada hal yang mengganggu anda, cubalah bertenang dan bertanya kepada pasangan. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan. Pasangan akan menghargai jika anda bertenang dalam menghadapi sebarang situasi.


6) Jangan ungkit kisah lalu
Berhentilah mengungkit masa lalu yang negatif. Tidak ada sesiapa mahu mengingati kesilapan yang mungkin merupakan kenangan pahit atau memalukan. Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan sebagai senjata setiap kali berlaku pertengkaran.


7) Kurangkan rasa cemburu
Setiap individu tidak boleh lari daripada pasangan cemburu. Namun, cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri. Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya kepada pasangan.


8) Jaga komitmen antara satu sama lain
Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi. Jika berlaku, ia akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. Menjaga kepercayaan merupakan komitmen dalam satu perhubungan yang sihat. Apabila pasangan merasakan anda mula mengabaikan komitmen, maka bersiap sedialah untuk kehilangannya.


9) Jujur
Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah antara punca utama sebuah perpisahan. Kejujuran yang dimaksudkan adalah kejujuran untuk mengungkap perasaan kita terhadap pasangan. Jika terluka, katakan bahawa anda terluka. Katakanlah dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.


10) Beri layanan terbaik sepanjang hidup
Layanlah pasangan anda seperti sebelum berkahwin. Jika dahulu jalan berpimpinan tangan, pimpinlah tangan pasangan setelah berkahwin. Ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga atau anak-anak.


selamat mencuba ;)

Saturday, February 11, 2012

hargailahhhh ;)

Assalamualaikum peeps ;)
Buat apa jer tuh? I nk wish morning blh? ohmy! I ddk dkt mn ni br nk wish morning? tk elok btlla prangai I ni. patut dibuang yerrr :D
Okay, lupakan psl tabiat buruk I. Nw kita ckp psl insan2 di dunia ini. Setiap insan didunia ni nk dihargai. tk kira la dihargai oleh siapa pn. oleh kwn, family ataupn insan yg dicintai. setiap insan ada perasaan kann. menipu lah tkda prasaan. prasaan ni mcm2 mksd. prasaan ingin th, prasaan ingin disayangi dan mcm2 lagi.


Bayangkan anda mencintai seseorang tetapi orang itu tidak mencintai anda, tentu menyakitkan. Tetapi, anda lebih kecewa apabila anda mencintai seseorang tetapi tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu apa yang anda rasakan.


Percaya atau tidak, anda memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang anda cintai.


Mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak sepadan sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa. Justeru, apabila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita akan mengetahui betapa berharganya anugerah itu.


Cinta adalah ketika anda dibuai perasaan, kesabaran dan romantis dalam suatu hubungan serta mengetahui bahawa anda amat mengambil berat mengenai si dia.


Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita, namun akhirnya kita terpaksa membiarkan dia pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka.


Tetapi kadangkala kita menatap terlalu lama pada pintu yang tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang terbuka untuk kita.


Teman yang terbaik adalah individu yang sentiasa berada di sisi, berasa seronok ketika bersama dan dia tidak pernah mengatakan apa-apa selain tetap menyokong anda dari belakang.


Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjamin bahawa mereka akan mencintai anda.


Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai cinta itu berputik di dalam hatinya. Tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh dalam hatimu.


Ada hal yang sangat ingin anda dengar tetapi tidak akan pernah anda dengar daripada seseorang yang anda sukai. Tetapi jangan sampai anda menjadi tuli walaupun tidak mendengar luahan hatinya.


Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika anda masih ingin mencuba. Jangan menyerah selama anda berasa masih ada harapan. Jangan pernah berkata anda tidak mencintainya lagi walhal tidak sanggup membiarkan dia pergi.


Cinta datang kepada mereka yang masih mempunyai harapan walaupun sering dikecewakan. Cinta hadir kepada mereka yang masih mempercayai, walaupun kerap dikhianati. Cinta juga menghampiri mereka yang masih ingin mencintai, walaupun berulang kali disakiti dan kepada mereka yang mempunyai keberanian serta keyakinan untuk membina kembali kepercayaan. Janganlah mudah berputus asa.


Jangan melihat daripada wajah, itu boleh menipu. Jangan melihat kekayaan, itu boleh luput. Berharaplah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah.


Berharaplah anda bertemu seseorang yang dapat membuat anda tersenyum. Ada saat dalam kehidupan apabila anda sangat merindukan seseorang, ingin menemui dan memeluknya.


Berharaplah anda dapat mimpikan si dia, pergilah ke mana saja anda ingin kunjungi, jadilah sesuai dengan keinginan anda kerana anda hanya hidup sekali dan satu kesempatan untuk melakukan apa diinginkan.


Semoga anda memperoleh cukup kebahagiaan, cukup dugaan untuk membuat anda kuat, cukup penderitaan untuk membuat anda menjadi manusia yang tabah dan cukup harapan untuk membuat kamu berbahagia.


Selalu letakkan diri pada posisi orang lain. Jika anda berasa itu menyakitkan, mungkin ia akan menyakitkan orang lain.


Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dalam segala hal. Mereka melakukan yang terbaik dalam segala hal. Kebahagiaan bukan bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari, mereka yang mencuba.


Cinta bermula dengan senyuman, tumbuh dengan kemesraan dan berakhir dengan air mata. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang dilupakan, Anda tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan hingga anda melupakan kegagalan dan rasa sakit hati.


Ketika lahir, anda menangis dan semua orang di sekeliling tersenyum. Hiduplah dengan hidupmu, justeru ketika anda meninggal dunia, anda satu-satunya yang tersenyum dan semua orang di sekeliling menangis ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved FarsyaShamsudin