Friday, April 22, 2016

Hikmah...

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Orang lain semua dah tido, tapi me belum tido. Kenapa? Saya terpanggil untuk mengarang blog pada waktu ini. Saya redha segala musibah yang terjadi ke atas diri saya. Itu namanya 'ada hikmah'. Rancangan yang terbaik adalah dari Allah. Bukan dari kita.

Saya cukup tak suka orang berkongsi masalah dengan orang lain. Saya rasa macam 'What?!'. Semua nak dikongsi kan. Sampaikan masalah cinta pun nak berkongsi. Apa kene orang jenis macam ni? If cerita dekat kawan, boleh diterima lagi. Itu pun kalau cerita not to details. Kalau dengan family? Itu akan menjadi punca orang benci dengan pasangan sendiri. Boleh diterima akal ke benda macam ni? Bagi saya, TIDAK sama sekali.

Dan saya juga tidak SUKA orang masuk campur hal masalah orang. Macam takde life kan? Lepas tu nak emo-emo lebih macam ayat tu dibagi dekat kau. Memang sangat-sangat sakit hati dan terasa hati kerana pasangan sendiri backup adik. Kalau korang, boleh terima ke? Yes, memang family first. Tapi, tak semua family kita buat betul. Kan kan?

Takpe, biarkan ia terjadi.Orang yang sama psycho je boleh hadapi masalah macam ni. Me? Tidak sama sekali. Ada tak pepatah 'orang tua kene bertegur siapa dengan orang muda terlebih dahulu'? Ada tak? Tak pernah dibuat orangkan. Tambahan pula si muda tu pun ada buat salah.

Dalam dunia ni tiada yang sempurna. Kita buat orang sekarang, kelak, orang buat kita. Ingat tu. Zaman sekarang Allah bayar cash. Tiada hutang. Tak cepat, lambat si muda akan terima balasan.

Kadang-kadang terfikir, kenapa Allah beri musibah kepada seseorang sakit tak pulih-pulih. Mungkin juga kesalahan lalu. Atau mungkin juga hati seseorang tidak bersih. Allah lebih mengetahui. Now saya terkene. Sebab? Sebab saya selalu di timpa musibah. Mungkin kesalahan saya yang dulu. Hmmm! Dosa yang lalu tidak terkata banyaknya ditambah dengan dosa yang baru.

Bila difikir tentang umur, saya berasa takut. Takut kerana ajal semakin dekat. Semakin meningkat usia, semakin takut dengan kematian. Ajal tidak mengenal usia.

'Ya Allah Ya Tuhan Ku, Kau ampuni lah dosa-dosa orang yang aku sayangi dan orang-orang yang menyayangi aku seikhlas hati mereka. Ameen!'

[1:40a.m]

0 komen2 dari kengkawan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved FarsyaShamsudin