Tuesday, March 20, 2012

Mengapa wanita menangis?

Ketika wanita menangis,
bukan bererti dia mengeluarkan senjata terampuhnya,
melainkan dia mengeluarkan senjata terakhirnya.

Ketika wanita menangis,
bukan bererti dia tidak berusaha menahannya,
melainkan kerana pertahanannya sudah tidak mampu lagi membendung air mata.

ketika wanita menangis,
bukan bererti dia ingin membuat sesuatu yg dia tangisi rasa bersalah,
melainkan kerana dia tak tau apa yang membuat keadaan jadi demikian.

ketika wanita menangis,
bukan bererti dia ingin memancing kepedulian semua orang terhadapnya,
melainkan justeru dia tau,tidak akan ada orang yang peduli.

ketika wanita menangis,
jangan engkau menganggap nya wanita lemah ataupun tukang cari perhatian.
kerana engkau juga yang menyebabkan air mata itu mengalir di pipi nya.


Lima faktor utama yang mempengaruhi emosi kaum wanita untuk menangis iaitu:

Hormon

Perubahan hormon dalam badan wanita ketika datangnya haid memberikan reaksi kepada kestabilan emosi mereka menyebabkan perasaan menjadi sensitif dan mudah tersentuh, yang hanya dapat diluahkan melalui tangisan.

Manipulasi

Wanita mengetahui tangisan mereka merupakan senjata utama untuk menawan perasaan insan lain, terdapat di kalangan wanita yang menggunakan tangisan sebagai satu alat untuk memanipulasi pihak lain.

Emosi Keikhlasan

Sekiranya tangisan wanita tidak berkaitan perubahan hormon dan manipulasi, faktor yang membuat wanita menangis adalah sebagai ekspresi emosi yang penuh keihklasan dan kejujuran.

Kemarahan

Berbeza dengan lelaki yang cenderung menggunaka kekerasan fizikal untuk meluahkan perasaan amarah, kebanyakan wanita pula menggunakan tangisan untuk meluahkan perasaan marah yang tida terhingga terhadap sesuatu situasi.

Memori

Wanita juga, sebagai makhluk yang penuh emosi mempunyai keupayaan refleks yang tinggi terhadap memori dan kenangan-kenangan lama, sama ada kenangan indah atupun buruk dan ini diluahkan juga melalui tangisan.

Manakala dalam persepktif Islam pula, menurut Ibnu Qayyim – terdapt 10 jenis tangisan dalam dunia ini iaitu:

1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati;

2. Menangis kerana rasa takut;

3. Menangis kerana cinta;

4. Menangis kerana gembira;

5. Menangis kerana menghadapi penderitaan;

6. Menangis kerana terlalu sedih;

7. Menangis kerana terasa hina dan lemah;

8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang;

9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis; dan

10. Menangis orang munafik – pura-pura menangis.


Sesungguhnya tangisan itu sendiri merupakan ciptaan dan kurniaan Allah S.W.T kepada makhluknya sebagaimana dijelaskan“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (AnNajm: 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab cetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka “Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati.Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Air mata taubat Nabi Adam a.s. Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

….Bila kali terakhir kita menangis, dan apakah penyebabnya…

0 komen2 dari kengkawan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved FarsyaShamsudin